web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hannah Kecam Kenyataan Rasis Bekas Pemain Badminton, ‘Sukan Mesti Bebas Perkauman’

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 6:11PM

Hannah Yeoh berkata walaupun individu terbabit sudah memohon maaf di atas perbuatannya, kenyataan itu tidak sepatutnya dilakukan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekerasnya dan tidak bersetuju dengan kenyataan perkauman serta pertikaian agama dibangkitkan seorang bekas pemain badminton negara menerusi media sosial, baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun individu terbabit sudah memohon maaf di atas perbuatannya, kenyataan itu tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan.

“Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Hannah berkata, seperti ditegaskannya sebelum ini, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Semua atlet negara adalah sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya.

Mengulas mengenai identiti individu terbabit, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, semakan dilakukan beliau dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mendapati dia adalah bekas pemain negara.

“Saya sudah semak dengan MSN dan BAM. Dia bukan lagi atlet negara, sebaliknya bekas pemain pelapis BAM pada tahun 2014 (sembilan tahun lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter mendedahkan kenyataan dibuat bekas pemain terbabit, Bong Guang Yik yang memperlekehkan Melayu dan Islam.

Dalam kenyataan terbabit, bekas atlet negara itu awalnya melahirkan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dikendalikan Melayu.

Malah, dia menganggap BAM seolah-olah ‘pilih kasih’ dengan hanya memfokuskan kepada keperluan ‘anak emas’ persatuan berkenaan, sehingga kurang memberi tumpuan kepada pemain lain, termasuk pelapis baharu sukan itu.

Sikap terbabit dakwanya, menjadi punca tiada pemain negara layak ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia, malah menyebabkan tidak ada pemain setanding jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei untuk menggantikannya selepas beliau bersara.

Lebih melampau, Guang Yik mendakwa, ia adalah kesan buruk diperoleh kerana membiarkan orang Melayu dan Islam menguruskan BAM, selain memperlekehkan amalan serta ibadah mereka.

Kenyataan Guang Yik itu yang kini dilaporkan menjadi jurulatih badminton di China, dikecam hebat dengan rata-rata menyifatkannya sebagai biadap dan tidak bersikap sensitif terhadap agama serta kaum lain.

Ia adalah kes komen berbaur perkauman terbaharu dicetuskan atlet, selepas terdahulu, seorang pemain hoki wanita kebangsaan, Hanis Nadiah Onn dikritik kerana memuat naik ciapan di Twitter berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Susulan kesalahan itu, Hanis digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), 7 Februari lalu.

Hasil daripada siasatan dan penjelasan membabitkan Hanis dan jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, jawatankuasa siasatan MSN serta KHM merumuskan pemain berkenaan didapati bersalah atas ciapan dilakukannya itu. – Getaran, 13 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan