web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keselamatan, Kesejahteraan Atlet Nyata Bukan Keutamaan Kerajaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 8:00PM

Insiden jurulatih bola tampar yang bertindak menampar anak buahnya ternyata mengejutkan ramai pihak baru-baru ini. - Gambar fail

oleh

T Viknesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Akta Sukan Selamat bukan keutamaan kerajaan walaupun terdapat dakwaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan atlet.

Bercakap kepada The Vibes, Presiden Safe Sport Malaysia, Sarina Sundara Rajah berkata, keengganan kerajaan meneruskan pelaksanaan akta tersebut menunjukkan keselamatan dan kesejahteraan pemain industri bukanlah keutamaan.

Ia susulan keputusan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut, sebaliknya berikrar untuk memperkenalkan kod etika yang boleh dilaksanakan menjelang Mac depan.

“Saya hairan kementerian tidak mendesak untuk melaksanakan akta tersebut sedangkan ia boleh membantu atlet, pegawai dan sesiapa saja menjadi mangsa dalam industri sukan,” katanya.

Tambah beliau, hasil kajian dilaksanakan mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi Institut Kajian Belia Malaysia pada awal 2022 mendedahkan tahap gangguan dalam industri sukan yang terus tidak diberi perhatian.

Sarina Sundara Rajah - Gambar fail
Sarina Sundara Rajah - Gambar fail

“Malangnya, laporan tersebut tidak tersedia kepada pihak berkepentingan dan orang awam,” katanya.

Tinjauan itu bertujuan untuk memahami dengan lebih baik pengalaman atlet dan tahap gangguan dalam sukan, berikutan banyak kes yang didedahkan, termasuk dakwaan rogol, serangan seksual dan isu lain seperti diskriminasi, buli serta salah guna kuasa.

Bekas gimnas negara itu berkata, ada sebab untuk beliau mempercayai kes tersebut hanyalah sebahagian berbanding jumlah sebenar yang jauh lebih teruk sehinggakan kerajaan enggan mendedahkan hasil kajian berkenaan.

Terdahulu, Hannah berkata, keputusan kaji selidik tersebut bukanlah sesuatu yang baharu, sama seperti tinjauan sebelumnya mengenai gangguan seksual oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kaji selidik itu tidak mencukupi kerana ia berdasarkan ‘gangguan seksual’. Keganasan dalam sukan tidak semestinya selalu membabitkan gangguan seksual. Kenyataan Bersama IOC 2016 (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) mentakrifkan penderaan sukan sebagai fizikal, psikologi dan pengabaian, selain daripada gangguan dan penderaan seksual.

“Kajian yang disebut oleh menteri hanya mengenai gangguan seksual dan tidak termasuk mangsa lain,” katanya.

Beliau berkata, perbandingan perlu dibuat antara mangsa gangguan seksual dan atlet yang menghadapi penderaan serupa dalam latihan dan pertandingan sukan, sambil menambah, skop kajian tidak mencukupi untuk menangani keganasan dalam sukan.

Walaupun RUU Anti Gangguan Seksual adalah langkah yang dialu-alukan, Sarina berkata, ia hanya menyediakan kaedah terhad kepada atlet yang menghadapi gangguan seksual dan tidak memadai untuk menangani bentuk penderaan lain dihadapi mereka.

“Pada masa ini, Kanun Keseksaan menyediakan kaedah am dan terhad yang tidak mencukupi untuk memberikan perlindungan diperlukan terhadap semua bentuk penderaan yang dihadapi oleh atlet,” katanya.

Mempromosikan sukan selamat di Malaysia akan terus menjadi perjuangan, namun kadangkala mencetuskan kontroversi dan perdebatan, tetapi perjuangan masih jauh dan desakan perlu diteruskan untuk melakukan pembaharuan.

Gambar hiasan dari Bernama
Gambar hiasan dari Bernama

Akta Sukan Selamat adalah pengawasan undang-undang. Kod Sukan Selamat ialah pengawasan pentadbiran. Akhir sekali, Pusat Sukan Selamat menyediakan pengawasan bebas. 

Kita mesti melaksanakan tiga perkara ini untuk memacu perubahan sistemik diperlukan dalam sukan yang akan membantu kemajuan industri sukan negara.

Mewujudkan persekitaran yang selamat dalam industri sukan harus menjadi keutamaan KBS kerana banyak kes sudah diketahui sejak dua tahun lalu.

Persepsi tentang persekitaran yang selamat tidak seharusnya hanya tertumpu kepada gangguan seksual, kerana buli, diskriminasi, pilih kasih, dan salah guna kuasa juga menjadi kebiasaan dalam sukan Malaysia.

Baru-baru ini, insiden jurulatih bola tampar yang bertindak menampar anak buahnya ternyata mengejutkan ramai pihak.

Namun ia ditangani segera apabila video insiden itu tular dan mendapat liputan meluas.

Bagaimanapun, mungkin terdapat banyak kes terpencil yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.  - Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar