web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tze Yong Wakil Tunggal Negara Di Thailand Masters

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 7:00AM

Ng Tze Yong - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters apabila melangkah ke suku akhir buat pertamanya musim ini di Bangkok, hari ini.

Dalam saingan di Stadium Nimibutr di sini,  pemain muda berusia 22 tahun itu merangkap pilihan kelapan kejohanan menjinakkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee, 21-16, 21-10 di pusingan kedua  dalam pertarungan selama 38 minit itu.

Pemain ranking ke-17 dunia itu akan berdepan dengan pemain berpengalaman dari Kong Kong, Angus Ng Ka Long, yang juga pemain nombor 14 dunia, untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir, esok.

Tze Yong, sebelum ini, gagal melepasi pusingan awal dalam tiga kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia (pusingan pertama) dan tersingkir pada pusingan kedua masing-masing diTerbuka India dan Indonesia Masters.

Ka Long pula mengesahkan slot suku akhir selepas mengalahkan pemain profesional negara, Cheam June Wei, 21-19, 12-21, 21-9.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See turut tersingkir di pusingan kedua.

Soon Huat-Shevon, gandingan nombor 11 dunia, ditunjuk keluar oleh pasangan nombor 35 dunia dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito,  15-21, 10-21, manakala Peng Soon-Yee See tewas kepada gandingan Indonesia, Amri Syahnawi-Winny Oktavina Kandow, 19-21, 15-21.

Dalam acara beregu lelaki, wakil negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Low Juan Shen gagal melepasi pusingan kedua selepas tewas 14-21, 21-19, 16-21 di tangan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse.

Beregu muda negara , Low Hang Yee-Ng Eng Cheong terpaksa akur tewas kepada gandingan nombor lapan dunia dari Indonesia,  Muhammad Shobihul Fikri-Bagas Maulana, 10-21, 15-21. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tze Yong Terlepas Peluang Ke Olimpik Paris 2024

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Cabaran Negara Pada Terbuka Thailand Berakhir

4

Sukan 3 tahun yang lalu

‘Tze Yong Patut Ke Olimpik 2024, Jangan Tunggu 4 Tahun Lagi’ – Chong Wei

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad