web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cabaran Negara Pada Terbuka Thailand Berakhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 7:20AM

Tze Yong, gagal meneruskan momentum apabila tunduk kepada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, 19-21, 21-23 dalam pertarungan selama 53 minit. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Cabaran negara pada kejohanan badminton Terbuka Thailand berakhir pada peringkat suku akhir selepas pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, dikecewakan dalam ‘straight set’  oleh lawan masing-masing di Stadium Tertutup Huamak di sini, semalam.

Selepas melakukan kejutan menewaskan pilihan pertama dari Taiwan, Chow Tien Chen, 23-21, 23-21, semalan, Tze Yong, gagal meneruskan momentum apabila tunduk kepada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, 19-21, 21-23 dalam pertarungan selama 53 minit.

Jun Hao pula turut tersingkir apabila pemain India, Lakshya Sen merakamkan kemenangan kedua dalam tiga pertemuan dengan keputusan 21-19, 21-11.

Tze Yong, 23, pemain ranking ke-24 dunia, membuka langkah dengan baik apabila mendahului Cheuk Yiu 15-11 sebelum lawannya yang menghuni ranking ke-17 dunia terus mengejar kutipan mata sebelum kedudukan terikat 15-15 dan kemudian 19-19 sebelum set pertama menjadi niliknya dengan kemenangan 21-19.

Pada set kedua, senario sama berulang apabila Tze Yong mendahului selesa 14-5 sebelum Cheuk Yiu memperagakan semangat juang tinggi untuk bangkit dan mengikat kedudukan 16-16 dan kemudian 21-21.

Cheuk Yiu mengesahkan tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 23-21.

“Saya gagal merebut peluang ini,” kata Tze Yong yang jelas kecewa selepas perlawanan tersebut.

Dalam pada itu Jun Hao, turut mendahului 16-10 pada set pertama sebelum Lakshya, pemain raking ke-23 dunia, menampilkan aksi cemerlang untuk menang 21-19 dan pada set kedua,  mudah melengkapkan aksi dengan kemenangan 21-11.

“Ia adalah perlawanan yang mengecewakan. Saya mendahului dalam set pertama tetapi saya terlepas peluang. Bagaimanapun, dia mengubah gaya permainannya dan saya mula kehilangan mata penting.

“Dalam set kedua saya tidak menyerang dengan baik dan keyakinan saya berkurangan ketika permainan berlangsung,” katanya kepada Bernama.

Jun Hao akan beraksi pada Terbuka Taiwan dari 20 hingga 25 Jun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan