web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tze Yong Patut Ke Olimpik 2024, Jangan Tunggu 4 Tahun Lagi’ – Chong Wei

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 9:41AM

Lee Chong Wei menaruh harapan tinggi kepada Tze Yong dan memujinya mempunyai potensi untuk menduduki kelompok 16 terbaik dalam senarai kelayakan itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjelang kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang semakin hampir, bermula 1 Mei ini pemain badminton negara perlu menggandakan usaha sekiranya mereka mengimpikan untuk bersaing di acara sukan bertaraf antarabangsa empat tahunan sekali itu.

Bagi Malaysia, harapan pemain perseorangan lelaki untuk beraksi cemerlang sepanjang tempoh setahun menjelang sesi kelayakan itu, terletak di bahu bintang sedang meningkat naik Akademi Badminton Malaysia (ABM), Ng Tze Yong dan Lee Zii Jia.

Seorang daripada pemain terbaik dunia yang juga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menaruh harapan tinggi kepada Tze Yong, 22, dan memujinya mempunyai potensi untuk menduduki kelompok 16 terbaik dalam senarai kelayakan itu.

“Walaupun Tze Yong masih muda, dia ‘kuat’. Saya harap dia boleh layak ke Sukan Olimpik kerana impian setiap atlet adalah untuk bersaing.

“Tetapi dia perlu bekerja keras,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas pelancaran patung lilinnya dari Madame Tussauds Hong Kong, di sini, semalam.

Chong Wei menjadi ikon Malaysia kedua yang menerima pengiktirafan mendapat patung lilin oleh Madame Tussauds selepas pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh.

Pada masa sama, beliau yang juga seorang daripada ahli panel penasihat teknikal (TAP) ABM berkenaan, akan berkongsi pengalaman dan melakukan segala terbaik untuk membimbing pemain nombor 28 dunia kelahiran Johor itu.

“Dengan TAP, saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan sepanjang kerjaya saya (dalam badminton) dengan Tze Yong.

“Olimpik tidak menunggu sesiapa. Jika Tze Yong tidak layak dalam kelompok 16 terbaik dunia, dia tidak boleh pergi ke edisi 2024.

“Adakah dia mahu menunggu selama empat tahun lagi? Saya fikir dia tidak sepatutnya mengambil risiko itu kerana apa-apa boleh berlaku pada masa sama,” katanya.

Mengulas mengenai peranannya dalam TAP, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu berkata, beliau optimis bahawa panel berkenaan dapat membantu generasi sekarang meningkatkan prestasi mereka.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan cadangan dikongsikan TAP hanya akan membuahkan hasil, sekiranya pemain jelas mengenai matlamat mereka. – The Vibes, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad