web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Dunia: Malaysia Rakam Kemenangan Sulung, Bergelut Atasi Chile

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 7:37PM

Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Chile. - Gambar daripada laman rasmi FIH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad lelaki kebangsaan terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum menang tipis ke atas Chile 3-2, pada perlawanan kedua Kumpulan C kejohanan hoki Piala Dunia di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India, hari ini.

Biarpun membuat penampilan pertama di pentas Piala Dunia, Chile tetap memberi tentangan sengit sehingga menyaksikan Speedy Tigers, bergelut menyaingi pasukan bimbingan Jorge Dabanch terutamanya pada separuh masa pertama, sebelum penyerang Norsyafiq Sumantri muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-41.

Malaysia, yang menghuni ranking ke-11 dunia, terlebih dahulu menguji gawang Chile menerusi pukulan Muhammad Firhan Ashaari yang melambung tinggi pada minit kedua, sebelum Juan Amoroso mengejutkan pasukan bimbingan A Arul Selvaraj apabila membuka jaringan pasukan ke-22 dunia itu pada minit ke-19, menerusi pukulan sudut penalti.

Walaupun tonggak pertahanan negara, Muhammad Razie Abd Rahim menyamakan jaringan melalui pukulan penalti pada minit ke-25, kedudukan itu tidak kekal lama apabila Martin Rodriguez kembali meletakkan Chile di hadapan menerusi satu serangan balas, dengan melepaskan pukulan kencang pada minit ke-28.

Malaysia tampil lebih agresif sebaik babak kedua bersambung kembali menyamakan kedudukan selepas pemain tengah Mohamad Ashran Hamsani menjaringkan gol padang pada minit ke-40 dan pantas mengesahkan tiga mata, menerusi ledakan Norsyafiq yang menyempurnakan pukulan sudut penalti, selang seminit kemudian. 

Dalam pada itu, Arul Selvaraj berkata kemenangan sulung dilakar anak buahnya pada kempen kali ini, penting dalam menyalakan impian mereka ke peringkat seterusnya selepas tumbang 4-0 di tangan juara tiga kali, Belanda pada aksi pembukaan, Sabtu lepas.

Beliau juga memuji usaha para pemain, yang tetap menampilkan disiplin serta komitmen tinggi untuk bangkit menumpaskan Chile, selain mahu mengkaji semula taktik digunakan dalam pukulan sudut penalti, selepas hanya mampu memanfaatkan satu daripada keseluruhan 13 peluang dimiliki ke dalam gawang lawan.

“Petang ini, kami akan buat pemulihan dan menganalisa perlawanan tadi sedikit sebelum berehat. Pagi esok kami akan bertolak ke Bhubaneswar dan jalani sesi latihan serta putuskan taktik bermain menentang New Zealand,” katanya selepas perlawanan.

Malaysia dijadual membuat perhitungan terakhir kumpulan menentang New Zealand yang juga pasukan nombor sembilan dunia di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, Khamis ini.

Belanda kekal memimpin carta Kumpulan C dengan enam mata selepas menang bergaya 4-0 ke atas New Zealand, dalam satu lagi aksi hari ini.

New Zealand yang mengumpul tiga mata kini berada di tempat kedua diikuti Malaysia di tempat ketiga juga dengan tiga mata, manakala Chile di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati, untuk slot ke suku akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia, Thailand Buat Perhitungan Di Final Double, Regu

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Shuhaily Kenang Jasa Paramalingam, Hoki Bentuk Disiplinnya

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 2 - 5, Malaysia Muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5S

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Speedy Tigers Catat Kedudukan 5 Terbaik Di Kelayakan Olimpik

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad