web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ini Bukit Jalil, Anda Tak Boleh 'Menari' Di Sini - Safawi

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 9:56AM

Muhammad Safawi Rasid - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kapten pasukan negara Muhammad Safawi Rasid ternyata tidak senang dengan perang psikologi berbau provokasi dibuat penyerang Singapura Ikhsan Fandi menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Malaysia mencatat kemenangan 4-1 sekali gus memintas Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Selain berbangga dengan setiap individu dalam pasukan yang berjuang bermati-matian bagi meraih kemenangan penting itu, Muhammad Safawi berkata kejayaan itu lebih manis apabila menafikan niat pemain skuad Singa untuk ‘menari’ di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya.

“Pertama sekali saya sangat bangga dengan pemain dan terutama jurulatih yang selalu bagi motivasi kepada pasukan. Bagi saya kemenangan ini bagus sebab ada pemain Singapura nak menari malam ini (semalam), tapi tak jadi. Ini Bukit Jalil, anda tidak boleh melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.

Ikhsan, anak kepada legenda penyerang Singapura Fandi Ahmad, menerusi hantaran dalam Instagram Story miliknya memuat naik gambar beliau dan adiknya, Ilhan sedang menari meraikan jaringan ketika menewaskan Malaysia 2-1 pada aksi antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, Mac lepas.

Muat naik dari Instagram Ikhsan Fandi
Muat naik dari Instagram Ikhsan Fandi

Dalam hantarannya sebelum perlawanan itu, pemain BG Pathum United itu yang terlepas beraksi di Piala AFF akibat kecederaan menulis: “Was planning on dancing on em again! God had other plans @Ilhanfa we gon get through this,” (Merancang untuk menari lagi! Tuhan ada perancangan lain @Ilhanfa kita akan laluinya).

Dalam pada itu, Muhammad Safawi terlalu gembira apabila memenangi Causeway Derby pertamanya sebagai pemain negara dengan membantu Malaysia menamatkan badi kemenangan menentang Singapura sejak November 2014.

“Bukan saya saja, seluruh pasukan gembira sebab kita menang bukan 1-0 tetapi 4-1. Bukan senang untuk dapatkan empat gol,” kata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.

Dalam pada itu, beliau masih belum berpuas hati dengan prestasinya biarpun sudah mengumpul lima bantuan gol dalam empat perlawanan termasuk dua yang diraih semalam.

Katanya selepas lama tidak beraksi, Piala AFF ialah pentas terbaik untuk menggilap semula namanya yang hampir tenggelam.

“Alhamdulillah dalam kempen kali ini saya dapat lima bantuan gol, ia bukan mudah jadi saya bangga dengan diri sendiri sebab sudah lama saya tak bermain dan kejohanan ini memang saya nak buat balik nama saya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Malaysia yang juga juara 2010 akan berdepan juara bertahan Thailand pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di sini pada Sabtu ini dan di Stadium Thammasat di Pathum Thani Selasa depan. Satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pertemuan Vietnam dengan Indonesia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik