web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man United Diikat Leeds, Hatrik Wood Bantu Burnley Benam Wolves

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 8:35AM

Wood (tengah) meraikan gol ketiganya bersama-sama rakan sepasukan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester United seri 0-0 dengan Leeds sekali gus mengukuhkan posisi kedua di Liga Perdana Inggeris, sementara Burnley pula menjauhkan diri daripada zon relegasi.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer hampir dijamin untuk menamatkan musim dalam kedudukan empat teratas, mendahului West Ham sebanyak 12 mata, dengan baki lima perlawanan lagi.

Kedua-dua pasukan menghidangkan persembahan yang hambar di Elland Road.

United, yang mempunyai rekod 24 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan, mengumpul 67 mata selepas 33 permainan, 10 mata di belakang Manchester City dan enam mata di depan pasukan di tangga ketiga Leicester.

Mengejar City tampak seperti sia-sia dan dengan keputusan seri ini, anak buah Pep Guardiola akan dinobatkan sebagai juara pada minggu depan jika mereka berjaya mengalahkan Crystal Palace dan United pula tumpas kepada Liverpool.

Dalam perlawanan lain, jaringan hatrik Chris Wood membantu Burnley membenam Wolves 4-0 untuk menjauhkan diri daripada zon relegasi.

Wood, kini penjaring terbanyak Burnley di Liga Perdana Inggeris, adalah pemain New Zealand pertama menjaringkan hatrik dalam liga.

Ashley Westwood melengkapkan jaringan untuk Burnley. 

Kemenangan itu mengangkat anak buah Sean Dyche ke tangga 14, ini bermakna mereka hampir menjamin tempat untuk beraksi dalam liga untuk musim keenam berturut-turut.

Lain pula ceritanya dengan West Brom yang hampir disingkirkan daripada liga selepas gawang mereka dibolosi Aston Villa untuk seri 2-2.

Sepakan penalti Matheus Pereira dan gol sendiri Tyrone Mings meletakkan pelawat di hadapan selepas penalti awal Anwar El Ghazi untuk Villa.

Tetapi Keinan Davis mengecewakan West Brom untuk memastikan Villa membawa pulang satu mata di laman sendiri.

Anak buah Sam Allardyce kini berada sembilan mata daripada zon selamat dengan perbezaan jaringan yang jauh berbanding Brighton di tangga ke-17. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar