web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohamad Faisal Mahu Terus Jadi 'Mesin Gol' Ketika Bertemu Vietnam

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 8:08PM

Faisal Halim semasa perlawanan menentang Laos - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim mempunyai misi serampang dua mata pada perlawanan ketiga Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh di sini esok. 

Mohamad Faisal, yang meledak keseluruhan tiga gol untuk muncul penjaring terbanyak bersama kejohanan setakat ini, berazam melebarkan rekod jaringannya dan memastikan Malaysia meraih kemenangan sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Pemain baharu Selangor FC berusia 24 tahun itu sekali lagi menegaskan skuad Harimau Malaya bertandang ke Hanoi untuk membawa pulang tiga mata dan akan memberikan segalanya di padang untuk merealisasikan perkara tersebut.

“Perlawanan esok adalah aksi yang sukar dan kebanyakan pemain akan beraksi menentang Vietnam buat pertama kali, jadi saya perlu terus meledak gol dan bantu pasukan.

“Kami datang sini untuk menang dan tidak mahu dimalukan kerana mahu keluarga dan rakyat Malaysia bangga. Vietnam ada pemain yang baik tapi kami sudah sedia dengan cabaran mereka,” katanya pada sidang media praperlawanan di Ibu Pejabat Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad Faisal berkata beliau memiliki keyakinan tinggi terhadap rakan sepasukan meskipun banyak pihak pada awalnya meragui kemampuan skuad itu selepas senarai akhir 23 pemain dikeluarkan susulan ketiadaan ramai pemain utama.

Beliau percaya setiap pemain mempunyai potensi serta berupaya memainkan peranan masing-masing dengan baik namun tidak memiliki peluang dan ruang untuk mempamerkan kemampuan bersama pasukan negara.

Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan kumpulan di Yangon Rabu lepas sebelum membelasah Laos 5-0 di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Sabtu.

Selepas dua perlawanan, Malaysia mendahului saingan kumpulan dengan mengumpul enam mata, Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali masing-masing berkongsi tiga mata di posisi kedua dan ketiga manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata.

Untuk rekod, percubaan Malaysia meraih kemenangan ketika berdepan Vietnam dalam tempoh hampir sedekad ini sering menemui jalan buntu yang menyaksikan badi tanpa kemenangan sejak 2014 masih belum berjaya ditamatkan.

Tempoh lapan tahun kebelakangan ini menyaksikan Malaysia belum berjaya menumpaskan Vietnam dalam semua pertandingan - kalah enam kali dan seri sekali. Kali terakhir Malaysia menang ialah pada separuh akhir kedua Piala AFF 2014 dengan keputusan 4-2. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 37 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad