web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Bekas Pemain Piala Thomas Meninggal Dunia Sehari Sebelum Krismas

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 9:20AM

Mendiang Lionel Yew Ming meninggal dunia akibat serangan jantung. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada ibu bapa yang mahu hidup lebih lama daripada anak mereka, namun bekas pemain Piala Thomas Malaysia pada 1967, Datuk Yew Chen Hoe, berhadapan situasi sedih itu sehari sebelum Krismas.

Anak lelaki Chen Hoe, Lionel Yew Ming, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 52 tahun, selepas bermain badminton di Bukit Jalil pada 24 Disember.

Berita itu mengejutkan keluarga Cheng Hoe, kerana mereka baharu sahaja makan malam bersama-sama bagi menyambut Krismas di Petaling Jaya, pada Rabu.

“Seluruh ahli keluarga masih terkejut, Lionel tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika makan malam keluarga itu. Beliau seorang yang aktif dan tidak pernah mempunyai penyakit sebelum ini. Doktor maklumkan kepada kami bahawa Lionel meninggal dunia akibat serangan jantung,” kata Cheng Hoe, 79, kepada Bernama malam ini.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1966 itu berkata Lionel merupakan seorang yang baik dan terlibat dalam banyak kerja-kerja kebajikan.

“Saya kehilangan seorang anak lelaki yang amat prihatin pada masyarakat. Beliau telah lakukan banyak kerja kebajikan termasuk menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Berdasarkan maklumat, upacara sembahyang dan penghormatan terakhir akan bermula esok sehingga Rabu di Bilik Paul Miki, Gereja St Francis Xavier, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Upacara pengebumian akan berlangsung pada 2 petang Khamis (29 Disember), manakala pembakaran akan dilakukan di Gui Yuan Crematorium, Petaling Jaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Fikir Masak-Masak Jika Mahu Anjur Sukan Komanwel 2026 - Tun Hashim Ali

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Setakat 10 Malam

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Wanita Berusia 100 Tahun Kongsi Kemeriahan Sambutan Krismas

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 55 minit yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad