web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fikir Masak-Masak Jika Mahu Anjur Sukan Komanwel 2026 - Tun Hashim Ali

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:20PM

Bekas Pengerusi Sukom Ninety Eight Berhad, Jen (B) Tun Mohamed Hashim Mohd Ali. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu berfikir semasak-masaknya dan mempertimbangkan secara serius tawaran untuk menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026, kata bekas Pengerusi Sukom Ninety Eight Berhad, Jen (B) Tun Mohamed Hashim Mohd Ali.

Mohamed Hashim secara peribadi berpandangan kerajaan perlu menangguhkan hasrat, jika benar mahu menganjurkan temasya sukan empat tahun sekali itu kerana Malaysia tidak berada di kedudukan terbaik untuk melakukannya, dari segi masa dan langkah penjimatan yang sedang dilakukan kerajaan.

Bekas Panglima Angkatan Tentera itu menganggap tempoh berbaki kira-kira dua tahun terlalu singkat untuk melakukan persiapan intensif, sekali gus meragui kemampuan Malaysia mengulangi pencapaian membanggakan sewaktu menjadi tuan rumah buat julung kali pada 1998.

"Masa kita ditawarkan jadi tuan rumah dulu, kita ada empat tahun untuk buat persiapan antaranya menaik taraf venue, mendapatkan penajaan dan menyediakan infrastruktur. Kali ini diberi tempoh dua tahun saja...kalau nak buat betul-betul dan setaraf dengan edisi 1998 saya rasa tak boleh sebab waktunya singkat.

"Kalau ada empat tahun kita boleh dapatkan penaja, itu yang dilakukan sebelum ini dan kerajaan terpaksa buat, kita tubuh sebuah syarikat iaitu Sukom 98 yang mengendalikan temasya itu," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika mahu menganjurkannya sendiri, kerajaan perlu mengeluarkan sejumlah bajet yang besar bagi menampung pelaburan kewangan menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) yang hadir bersama tawaran diberikan.

Namun, katanya, dengan kedudukan ekonomi ketika ini perkara itu dilihat akan membuka pintu kepada pengkritik.

"Kalau ada begitu banyak wang tujukan kepada rakyat, manfaatkan mereka dengan membina hospital ataupun sekolah. Kalau buat (anjurkan) terbuka nanti pintu untuk orang katakan ini tak sesuai kerana kerajaan gunakan wang sebanyak itu untuk perkara lain dan bukannya rakyat.

"Kenapa Australia (Victoria) tak mahu, mesti mereka ada sebab-sebabnya, jadi saya rasa kita pun tak perlu terkejar-kejar untuk anjurkannya pada 2026, belum lagi, sekarang terlalu suntuk untuk melakukan persiapan," kata figura berusia 89 tahun itu.

Isnin lalu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat, Rabu lalu berkata, keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak akan dibincangkan di Kabinet, minggu depan.

Nasib Sukan Komanwel 2026 kekal menjadi tanda tanya selepas Victoria, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lalu kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).

Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17 hingga 29 Mac 2026.

Bukan sahaja Victoria, India juga tidak berminat untuk menjadi pengganti bagi edisi 2026, selain wilayah Alberta di Kanada turut menarik diri daripada proses bidaan Sukan Komanwel 2030 selepas seminggu Victoria mengumumkan menarik diri.

Dari 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli CGF, hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia pernah menjadi tuan rumah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Yakin Kekal Prestasi Baik Di Terbuka Singapura

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Anak Bekas Pemain Piala Thomas Meninggal Dunia Sehari Sebelum Krismas

3

Sukan 3 tahun yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada Joe Ee

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Pertama Kali Beraksi Komanwel, Joe Ee Beri Kejutan Emas

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar