web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertama Kali Beraksi Komanwel, Joe Ee Beri Kejutan Emas

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 8:11PM

Ng Joe Ee sumbangkan pingat emas kelima negara menerusi disiplin bola. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GIMNAS muda negara Ng Joe Ee mencipta kejutan apabila beliau mempamerkan aksi memukau untuk menyumbangkan emas kelima Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 menerusi disiplin bola, di sini pada Sabtu.

Meskipun pertama kali beraksi pada temasya itu, gerakannya yang anggun dan cekap menangkap bola di Arena Birmingham memikat barisan pengadil bagi merekodkan 29.700 mata, sekali gus mencapai sasaran satu pingat emas bagi kem gimrama.

Suzanna Shahbazian dari Kanada yang mencatatkan 29.050 mata terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, manakala Anna Sokolova dari Cyprus membawa pulang gangsa dengan 28.800 mata.

Catatan mata gimnas berusia 16 tahun itu dalam final pada Sabtu ternyata lebih tinggi daripada markah yang diperolehnya ketika pusingan kelayakan iaitu 28.600 mata untuk menduduki tempat kedua, Khamis lepas.

Sementara itu, seorang lagi gimnas negara Izzah Amzan sekadar mendapat tempat ketujuh daripada lapan atlet selepas mencatatkan 25.800 mata dalam pusingan akhir disiplin gelung.

Gimnas Wales Gemma Natasha Frizelle muncul juara disiplin tersebut dengan pungutan mata 28.700, manakala Anna Sokolova dari Cyprus mengumpul 28.300 mata bagi meraih perak dan wakil Kanada Carmel Kallemaa memenangi gangsa dengan 28.200 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Fikir Masak-Masak Jika Mahu Anjur Sukan Komanwel 2026 - Tun Hashim Ali

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Raya Mengejut, Tunku Azizah 'Bersengkang Mata' Masak Juadah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Arca Wanita Berhijab Dipamer Di Birmingham 

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar