web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiket Piala AFF Turun Kepada RM30

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 2:20PM

Hamidin Mohd Amin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 antara Malaysia menentang Laos dan Singapura diturunkan kepada serendah RM30 bagi tiket terbuka.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata, peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 berbanding edisi 2018 terpaksa dilaksanakan disebabkan peningkatan kos berkaitan dalam tempoh empat tahun, termasuk kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.

Bagaimanapun, beliau berkata, selepas mengambil kira keluhan penyokong, FAM telah mengumumkan untuk menurunkan harga tiket asal berkenaan kepada RM45 bagi tempat duduk terbuka, RM60 tempat duduk Premier dan RM70 tempat duduk Grandstand, semalam.

Menurutnya, rata-rata penyokong masih mengharapkan penurunan harga yang lebih banyak.

“Selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya, FAM dengan ini mengumumkan bahawa harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura akan diturunkan kepada serendah RM30.

“(Selain itu) Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, kini diturunkan ke RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, beliau yang ketika ini berada di Doha, Qatar, terpanggil untuk meneliti semula harga tiket tersebut dan mengarahkan Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan oleh Naib Presidenya, Datuk Posa Majais supaya mendapatkan juga solusi terbaik untuk memastikan situasi menang-menang dapat dicapai di antara FAM dan penyokong.

“Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket berkenaan dikurangkan lagi bagi memastikan ia dapat diterima oleh semua penyokong.

“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon ketika ini, dapat berjalan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong di stadium pada setiap perlawanan.

“Saya juga prihatin dengan keadaan ekonomi semasa yang masih tidak stabil dan mengambil kira juga majoriti penyokong bola sepak adalah daripada golongan B40. Diharapkan pengurangan harga tiket kepada serendah RM30 ini mampu menggalakkan lagi kehadiran penyokong ke stadium di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022,” katanya.

Bagaimanapun, Hamidin berkata, FAM tidak dapat memberikan harga promosi kombo seperti yang pernah dibuat ketika Kelayakan Piala Asia 2023 Jun lalu kerana perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 hanya membabitkan dua perlawanan.

Selain itu, beliau berkata, jarak antara kedua-dua perlawanan juga memainkan peranan kerana tempohnya agak jauh iaitu 10 hari berbanding tiga perlawanan berselang tujuh hari pada Kelayakan Piala Asia 2023.

“Bagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal ataupun harga yang telah diturunkan semalam, proses pemulangan (refund) untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline.

“Akhir kata, saya menjemput dan mengalu-alukan kehadiran lebih ramai penyokong Harimau Malaya untuk sama-sama membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember ini bagi perlawanan menentang Laos dan pada 3 Januari depan bagi perlawanan menentang Singapura,” katanya. - Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 29 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam