web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Darren Lok Berazam Lakukan Terbaik Di AFF 2022

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 8:08AM

Pemain Harimau Malaya Darren Lok ketika sidang media pada kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penyerang kebangsaan Darren Lok berazam untuk beraksi dengan baik di Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, selepas dipanggil untuk menyertai Harimau Malaya bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1, pada 9 dan 14 Disember.

Peyerang Petaling Jaya City berusia 32 tahun itu telah menarik perhatian Ketua Jurulatih Kim Pan Gon, untuk menyertai latihan pusat bermula semalam, sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi kejohanan AFF itu.

“Saya teruja untuk pengalaman yang positif untuk kejohanan itu selepas menyertainya buat kali pertama pada 2016, ketika kesemuanya tidak menjadi seperti yang diharapkan.

“Saya mahu berikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan selepas saya terpaksa menarik diri pada edisi AFF sebelum ini akibat kecederaan,” kata Darren kepada media selepas sesi latihan hari ini.

Darren berkata pada ketika ini beliau dalam keadaan terbaik bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan, dan berharap prestasinya akan berterusan sehingga ke kejohanan itu kelak.

“Saya akan berusaha untuk cergas dan dapat membantu pasukan kebangsaan… selagi saya boleh menyumbang kepada pasukan dalam apa cara apa pun, saya gembira untuk dapat lakukannya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai muka baharu dalam pasukan kebangsaan, Darren berkata pemain baharu dapat sesuaikan diri dengan beliau, dalam persediaan bagi perlawanan persahabatan yang akan datang.

“Tentu sekali pasukan ini berbeza daripada pasukan sebelum ini, dan kami mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami cara permainan mengikut cara jurulatih dan bermain sebagai satu pasukan,” katanya.

Malaysia akan berhadapan Kemboja dan Maldives sebagai sebahagian daripada persediaan Harimau Malaya sebelum Piala AFF 2022, yang akan bermula 20 Disember. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad