web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sabah FC Sambar Tiket Ke Pentas Asia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 6:20PM

Kim Swee berkata layak ke saingan Piala AFC satu pencapaian membanggakan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sabah FC akan mengiringi naib juara Liga Super Terengganu FC, beraksi pada saingan kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim hadapan susulan kekalahan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2022 semalam.

Ia berdasarkan peraturan ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) iaitu, jika juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia adalah kelab yang sama, atau Piala Malaysia dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka slot kedua ke Piala AFC akan diberikan kepada pasukan di tempat ketiga Liga Super.

Skuad Sang Badak bimbingan Datuk Ong Kim Swee, sebelum ini menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga dengan mengumpul keseluruhan 42 mata daripada 22 perlawanan.

Walaupun terpaksa mengharapkan Selangor tewas untuk menyambar tiket ke pentas Asia, Kim Swee tetap berbangga dengan pencapaian dilakar anak buahnya itu, walaupun hanya bersama untuk tempoh yang agak singkat.

“Ini satu pencapaian yang amat baik bagi saya, walaupun kita baru bersama hanya hampir setahun tetapi para pemain menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan, walaupun berakhir di tangga ketiga Liga Super tetapi yang penting kita layak seperti mana kita inginkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan berusia 51 tahun yang dilantik sebagai pengendali Sabah pada penghujung musim lepas itu, berkata beraksi di pentas Asia semestinya akan memberi lebih pengalaman dan pendedahan kepada para pemain Sabah.

Pencapaian layak beraksi di Piala AFC adalah julung kali buat Sabah sejak penswastaan kelab itu pada 2020, namun Sabah FA pernah menyertai Asian Cup Winners’ Cup pada musim 1995-1996, sebelum saingan itu dimansuhkan pada 2002. Ketika itu, Kim Swee merupakan pemain Sabah.

Pada final Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil semalam, Selangor FC tewas 2-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), yang menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar kejayaan “treble” susulan memenangi Piala FA dan Liga Super musim ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad