web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bidoglio Bantu JDT Cipta Sejarah Selepas Lalui Tempoh Sukar

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 8:00AM

Hector Bidoglio (memeluk Tunku Ismail Sultan Ibrahim) - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada semua pihak selepas berjaya membimbing pasukan itu menjuarai Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Kejayaan menewaskan Selangor FC 2-1 menyaksikan Harimau Selatan mencipta sejarah muncul pasukan pertama menyapu bersih semua trofi tahun ini dengan melengkapkan koleksi sebagai juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super dalam kancah domestik.

Pencapaian itu juga menyaksikan Bidoglio sudah mengumpul tiga kejuaraan domestik sejak dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Selatan menggantikan Benjamin Mora, Julai lalu.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bos (pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim), pengurus, semua kakitangan dan pemain saya.

“Saya tiba di JDT ketika saat sukar, bukan mudah apabila anda tiba untuk mengemudi pasukan yang sentiasa menang dan anda perlu pergi dengan cara yang sama. Ia adalah masa yang sukar tetapi saya gembira kami berjaya melakukannya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

Sementara itu, penjaring gol kemenangan JDT, Fernando Forestieri, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir, mengucapkan terima kepada semua pihak yang membolehkan pencapaian tersebut musim ini.

“Saya sangat gembira kerana semua orang tahu betapa kami bekerja keras dan merupakan tahun menakjubkan dan kami berhak merangkul kesemua trofi musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dalam 90 minit perlawanan walaupun akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan. 

“Saya sangat puas hati dengan setiap peningkatan individu pemain semenjak saya dilantik sebagai jurulatih dua bulan lalu. Perlawanan ini menunjukkan kemenangan itu berpihak kepada mereka (JDT) yang mempunyai pengalaman yang lebih luas,” kata pengedali berusia 54 tahun itu.

Pada aksi malam ini, Selangor terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-45 hasil sepakan penalti Herlison Caion De Souza Ferreira sebelum JDT bangkit meledak dua gol masing-masing menerusi Bergson Da Silva pada masa kecederaan babak pertama dan Fernando Forestieri pada minit ke-59.

Selangor terus kempunan merangkul sebarang gelaran juara dalam tempoh tujuh tahun selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2015. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar