Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Stadium Nasional Bertukar Lautan Merah-Biru, Merah-Kuning

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 7:22PM

Salah seorang penyokong JDT turut memeriahkan final Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lautan merah-biru dan merah-kuning ‘membanjiri’ Stadium Nasional di Bukit Jalil menjelang pertembungan final Piala Malaysia 2022 yang dinanti-nantikan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di sini, malam ini.

Setakat jam 6 petang, suasana di perkarangan stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu meriah dengan pelbagai acara serta aktiviti yang diserikan penyokong kedua-dua pasukan selepas hujan lebat kira-kira pada jam 3 petang.

Pelbagai jualan seperti jersi pasukan, cenderahati, makanan dan minuman di sekitar gelanggang keramat pasukan bola sepak negara itu turut menyemarakkan keadaan.

Penyokong JDT kebanyakannya hadir mengenakan jersi tuan rumah sambil menggayakan mafla berjalur merah-biru simbolik logo skuad Harimau Selatan manakala penyokong Selangor tampil dengan pakaian berwarna merah-kuning iaitu warna rasmi Gergasi Merah.

Gelagat sebahagian penyokong yang hadir di Stadium.
Gelagat sebahagian penyokong yang hadir di Stadium.

Pintu pagar Stadium Nasional dibuka kepada penyokong bermula jam 5 petang ini sementara sepak mula perlawanan akhir dijadual pada 9 malam.

Penyokong JDT, Marlinda Samuri, 32, berjaya mencuri tumpuan ramai apabila hadir dengan kostum ‘harimau belang’ yang sering digayakannya setiap kali memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan di stadium.

“Ini dikira ‘trademark’ saya lah kerana setiap perlawanan memang pakai kostum ini walaupun rasa panas dan berpeluh tapi bagi saya ia bukan masalah, saya dah biasa sebab kerja pun pakai uniform,” kata sukarelawan berasal dari Pontian itu yang mula menyokong JDT sejak 2013 kepada Bernama.

Dua penyokong pasukan JDT dan Selangor.
Dua penyokong pasukan JDT dan Selangor.

Turut tampil berbeza dengan menggayakan topeng bewarna merah-biru serta berambut ‘trojan’ ialah Ahmad Suhaimi Shamsi yang memandu dari Kluang bersama rakan-rakan sekerja untuk melihat JDT muncul juara sekali gus mencipta kejayaan ‘treble’ musim ini.

“Saya harap kali ketiga saya datang tengok JDT di final ini berbaloi seperti final Piala FA dulu (September lepas)...saya rasa JDT boleh menang 4-1 dengan Arif Aiman (Arif Aiman Mohd Hanapi) dapat gol dan tolong pasukan jadi juara treble,” kata pemuda berusia 31 tahun itu.

Dalam pada itu, penyokong Selangor Azwan Waifa berharap untuk melihat skuad kendalian Tan Cheng Hoe menamatkan kemarau kejuaraan enam tahun sekali gus meraih gelaran juara Piala Malaysia kali ke-34.

“Selangor sejak Cheng Hoe ambil alih nampak peningkatan dan perubahan positif...kalah atau menang itu nombor dua, tiada istilah rugi dalam bola sepak kerana sukan ini adalah jiwa saya,” kata pelajar berusia 21 tahun dari Sungai Buloh itu.

Penyokong Selangor berharap Piala Malaysia 2022 akan digenggam pasukan mereka.
Penyokong Selangor berharap Piala Malaysia 2022 akan digenggam pasukan mereka.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati aspek keselamatan berada pada tahap optimum dengan anggota penguat kuasa dilihat bersiap siaga di sekitar stadium manakala anggota trafik mengawal lalu lintas di sepanjang jalan dan persimpangan utama menuju ke Stadium Nasional.

Seramai 80,000 penyokong dijangka membanjiri Stadium Nasional malam ini untuk menyaksikan pertemuan pertama kedua-dua pasukan di pentas final selepas melalui penswastaan kelab, namun Johor FA pernah menewaskan Selangor FA untuk memenangi Piala Malaysia pada 1991.

Selangor merupakan pasukan paling berjaya dalam saingan Piala Malaysia dengan rekod kejuaraan 33 kali sementara JDT muncul juara sebanyak dua kali pada 2017 dan 2019 sejak penubuhan kelab itu pada 2013.

Rekod lima pertemuan terakhir dalam semua pertandingan berpihak JDT yang melakar tiga kemenangan dan dua seri berdepan Selangor.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu berakhir dengan keputusan 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, September lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Operasi LRT Stesen Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 1 Pagi Jumaat Ini

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Kejayaan Luar Biasa JDT - Mohd Farizal

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Bidoglio Bantu JDT Cipta Sejarah Selepas Lalui Tempoh Sukar

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 minit yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Semasa 6 jam yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan