web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Operasi LRT Stesen Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 1 Pagi Jumaat Ini

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 4:26PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Waktu perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga jam 1 pagi pada Jumaat ini (8 Disember) bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penyokong diminta hadir lebih awal ke Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum jam 5 petang, bagi mengelak kesesakan semasa waktu puncak pada sebelah petang.

"Ini sekali gus memberi keselesaan kepada penyokong dan warga kota yang ingin pulang dari pejabat.

"Kakitangan dan tren tambahan akan disediakan bagi membawa semua penumpang untuk pulang ke destinasi selepas tamat perlawanan. Justeru, penyokong diminta mematuhi peraturan pihak berkuasa dan menjaga keselamatan diri," menurut kenyataan itu.

Pengguna juga disaran menggunakan kad Touch n' Go dan pastikan baki mencukupi, selain dapat menikmati diskaun tambang hingga 25 peratus bagi penumpang dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil sahaja. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Kejayaan Luar Biasa JDT - Mohd Farizal

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Bidoglio Bantu JDT Cipta Sejarah Selepas Lalui Tempoh Sukar

4

Sukan 3 tahun yang lalu

JDT Juara Piala Malaysia, Cipta Rekod Kejayaan Treble Julung Kali

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan