Berita Terkini

4 jam yang lalu: UMNO pecat Khairy, Noh Omar manakala gantung keahlian Hishamuddin, Sharil Sufian selama enam tahun - Ahmad Maslan 4 jam yang lalu: UMNO lantik Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu - Ahmad Maslan 6 jam yang lalu: UMNO pecat Noh Omar dalam pembersihan parti besar-besaran 8 jam yang lalu: AirAsia X mencatat 417,195 penumpang yang diterbangkan pada tahun kewangan 2022 8 jam yang lalu: Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia

IKUTI KAMI


JDT Juara Piala Malaysia, Cipta Rekod Kejayaan Treble Julung Kali

Sukan Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 7:07AM

Skuad Harimau Selatan itu menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini, susulan pencapaian memenangi saingan Piala FA dan Liga Super, selain meraih Piala Sumbangsih sebelum musim ini bermula - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kejayaan treble buat julung kalinya selepas menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2022 dengan menewaskan Selangor FC 2-1 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Gelaran juara Piala Malaysia ketiga diraih JDT sejak penubuhannya pada 2013 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini, susulan pencapaian memenangi saingan Piala FA dan Liga Super, selain meraih Piala Sumbangsih sebelum musim ini bermula.

Pada aksi di hadapan kira-kira 80,000 penyokong kedua-dua pasukan yang membentuk lautan merah-biru dan merah-kuning itu, dua gol penting skuad bimbingan Hector Bidoglio masing-masing dijaringkan gandingan penyerang import Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.

Dua jaringan tersebut sudah cukup untuk menafikan jaringan pembukaan Selangor menerusi sepakan penalti disempurnakan Herlison Caion De Souza Ferreira selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu menampilkan persembahan terpuji pada 45 minit pertama perlawanan.

Skuad Selangor kendalian Tan Cheng Hoe menampilkan persembahan terpuji pada 45 minit pertama perlawanan - Gambar oleh Alif Omar
Skuad Selangor kendalian Tan Cheng Hoe menampilkan persembahan terpuji pada 45 minit pertama perlawanan - Gambar oleh Alif Omar

Skuad Gergasi Merah yang beraksi di final Piala Malaysia pertama sejak 2016 jelas mendominasi babak pertama dengan beberapa siri serangan berbahaya manakala JDT bergelut mencari rentak permainan apabila Selangor berjaya mematahkan hantaran pendek mereka di kawasan tengah.

Selangor ternyata bermula dengan cemerlang dan hampir mendahului seawal minit kedua tetapi gerakan serangan balas pantas pasukan gagal disudahkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Mereka kemudian terlepas peluang keemasan merobek gawang JDT selepas Caion yang bijak melepasi perangkap ofsaid gagal merembat kemas bola dalam situasi satu lawan satu berdepan Mohd Farizal Marlias pada minit ke-10.

Selangor sekali lagi tampil dengan serangan berbahaya lapan minit kemudian, kali ini menerusi larian pantas Hein Htet Aung ke dalam kotak penalti, namun rembatan pemain import dari Myanmar itu berjaya dihalang pertahanan Muhamad Feroz Baharudin.

Akhirnya Selangor berjaya memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti Caion pada minit ke-45 selepas Matthew Davies menjatuhkan penyerang import dari Brazil itu dalam kawasan berbahaya, namun JDT pantas menyamakan kedudukan hasil tandukan Bergson pada masa kecederaan babak pertama.

Penyerang import JDT, Bergson Da Silva - Gambar Alif Omar
Penyerang import JDT, Bergson Da Silva - Gambar Alif Omar

Bersambung babak kedua, JDT tampil berbeza dan lebih tersusun untuk menguasai permainan, menyaksikan barisan pemain Selangor terpaksa bekerja keras untuk mengekang setiap serangan berbahaya pasukan lawan.

Bagaimanapun, JDT berjaya meledak jaringan kemenangan pada minit ke-59 dengan Forestieri muncul wira pasukan selepas memanfaatkan bola muntah tampanan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dengan melepaskan rembatan lencong dari dalam kotak penalti untuk gol kedua.

Selangor yang tertekan membawa masuk dua penyerang gantian iaitu Ahmad Danial Ahmad Asri dan Muhamad Syahir Bashah dalam misi memburu gol penyamaan, namun disiplin bertahan dipamerkan JDT pada babak kedua berjaya menyukarkan gerakan pihak lawan.

Di penghujung perlawanan, percubaan berbahaya Ahmad Danial dari jarak dekat berjaya diselamatkan Mohd Farizal sementara Bergson terlepas peluang mencetak jaringan kedua peribadinya apabila rembatan padu dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar Mohd Khairulazhan.

Kejayaan malam ini menyaksikan JDT berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 - Gambar oleh Alif Omar
Kejayaan malam ini menyaksikan JDT berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 - Gambar oleh Alif Omar

Kejayaan malam ini menyaksikan JDT berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 sekali gus mengubati kekecewaan tewas di pentas final musim lepas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC.

Sementara itu, Selangor terus kempunan merangkul sebarang gelaran juara dalam tempoh tujuh tahun selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2015. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 15 jam yang lalu

BN-PH Pahang Tubuh Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan, Ikrar Selesai Isu Rakyat

2

Semasa 5 hari yang lalu

Amaran Banjir Kilat Dalam Tempoh 24 Jam Dikeluarkan Bagi 6 Negeri

3

Politik 1 minggu yang lalu

Gelombang PAS Hanyalah Seperti Kocak Air Dalam Cawan - Rafizi

4

Politik 1 minggu yang lalu

MB Selangor Palu Gendang Perang PKR Menjelang PRN

Sorotan

1

Rafizi Rancang Strategi Bantu Peniaga, Pengusaha Restoran Tangani Kenaikan Kos

2

Beting Patinggi Ali Milik Malaysia, Tidak Iktiraf Sebarang Tuntutan - MINDEF

3

Adakah 3 Tokoh Penting UMNO Antara Senarai Bakal Dipecat?

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tidak Pernah Pijak Atau Tendang Perut Bella - Siti Bainun

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Dengar Permohonan Semakan Kehakiman Pemilik Kelab Komedi 23 Mei

Semasa 12 jam yang lalu

DUN Selangor Tidak Akan Dibubar Sebelum Aidilfitri - MB

Semasa 20 jam yang lalu

LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan

oleh Farhana Farush