Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kejayaan Luar Biasa JDT - Mohd Farizal

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 1:53PM

Farizal pada sidang media Pra Perlawanan Piala Malaysia 2022 di Bilik Sidang Media, Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan memenangi Piala Malaysia 2022 memberi makna sangat besar kepada barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas bekerja keras sepanjang musim ini, kata ketua pasukan Mohd Farizal Marlias.

Penjaga gol berpengalaman itu berkata kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC pada aksi final di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini malam tadi, melengkapkan pencapaian gemilang skuad Harimau Selatan apabila menyapu bersih kesemua tiga trofi utama musim ini, selain muncul juara Piala Sumbangsih.

Lebih membanggakan Mohd Farizal, 36, ialah apabila beliau dan rakan sepasukan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua pertandingan domestik musim ini iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

“Kemenangan ini sangat bermakna kepada semua pemain kerana kita menguasai semua trofi saingan Liga Malaysia dan juga tanpa kalah dalam kesemua kejohanan domestik, ini suatu perkara luar biasa.

“Tahun depan sudah pasti sasaran kita lagi tinggi sebab telah memenangi segala-galanya musim ini dan tahun depan juga pasti berbeza kerana saingan liga ada tambahan pasukan dan perlawanan, saya harap barisan pemain bersedia,” katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir itu. 

Pada final semalam, Selangor terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-45 hasil sepakan penalti Herlison Caion De Souza Ferreira sebelum JDT bangkit meledak dua gol masing-masing menerusi Bergson Da Silva pada masa kecederaan babak pertama dan Fernando Forestieri pada minit ke-59.

Kejayaan itu membolehkan JDT mencipta kejayaan treble buat julung kalinya, selain berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 serta mengubat kekecewaan tewas di pentas final edisi lepas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC.

Sementara itu, Mohd Farizal yang menyarung jersi JDT sejak musim 2015 mengakui belum memikirkan soal persaraan dan masih bersemangat untuk membantu pasukan meraih lebih banyak kejayaan.

“Selagi saya diberi kepercayaan dan selagi saya tiada kecederaan serius dan sebagainya sudah pasti saya akan beri segalanya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan beralih ke bidang kejurulatihan selepas bersara kelak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Hector Bidoglio Kembali Galas Tanggungjawab Ketua Jurulatih JDT

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

4

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT Lanjut Kontrak Arif Aiman

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 18 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak