web statsweb stats

Berita Terkini

47 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 48 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Selesa Benam Sabah Untuk Layak Ke Final 2 Musim Berturut-Turut

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 8:00AM

Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira da Silva meraikan jaringan bersama Arif Aiman Mohd Hanapi ketika menentang pasukan Sabah FC malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kemaraan ke final Piala Malaysia untuk musim kedua berturut-turut selepas mencatat kemenangan agregat 4-1 berdepan Sabah FC.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua  di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini, ketiga-tiga penyerang JDT Bergson Da Silva, Fernando Forestieri dan Muhammad Syafiq Ahmad masing-masing membuktikan ketajaman mereka apabila mencetak nama sebagai penjaring dalam membantu skuad Harimau Selatan merakam kemenangan 3-1 di laman sendiri.

Selepas hanya meraih kemenangan 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu Selasa lepas, JDT tampil lebih garang malam ini dan berpeluang mendahului seawal minit keenam, namun penjaga gol Damien Lim cekap menyelamatkan percubaan Bergson dalam situasi satu lawan satu.

Tiga minit kemudian, giliran Forestieri menguji ketangkasan Damien menerusi percubaan jarak jauh yang berjaya ditepis keluar sebelum penjaga gol itu sekali lagi dipaksa bekerja keras menyelamatkan rembatan padu Bergson dari luar kotak penalti pada minit ke-29.

Bagaimanapun, Damien tertewas jua selepas Bergson yang tidak dikawal tenang menanduk bola hantaran La'vere Corbin-ong dari sebelah kiri pada minit ke-35 sekali gus meledak jaringan keenam dalam kempen Piala Malaysia.

Skuad bimbingan Hector Bidoglio menggandakan kedudukan enam minit berselang menerusi Forestieri berpunca hantaran jauh Mohd Afiq Fazail yang menuju tepat ke kaki Arif Aiman Mohd Hanapi di dalam kotak penalti untuk membuat umpanan kepada Forestieri yang tenang melepaskan rembatan.

Arif Aiman terlepas peluang keemasan untuk meledak jaringan ketiga JDT selepas rembatan dari jarak dekatnya diselamatkan Damien pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Sabah, di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya tampil dengan permainan lebih kemas dan tidak menunggu lama untuk menyumbat gol pertama pada minit ke-47 selepas Taiki Kagayama menyambar bola tangkapan tidak kemas ketua pasukan JDT Mohd Farizal Marlias.

Skuad Sang Badak sekali lagi melancarkan serangan berbahaya dengan kali ini penyerang veteran dan bekas pemain kebangsaan Mohd Amri Yahyah terlepas peluang keemasan selepas tandukannya tersasar pada minit ke-52.

Di penghujung permainan, pemain gantian Muhammad Safawi Rasid gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan sepakan beliau melambung tinggi, namun JDT tetap berjaya menjaringkan gol ketiga selepas Muhammad Syafiq menolak masuk hantaran lintang rakan sepasukan pada masa kecederaan.

Pemain Sabah, Taesu Park dilayangkan kad merah oleh pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin selepas mengutip kad kuning kedua susulan kekerasan dilakukan ke atas Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit-minit akhir.

JDT yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, muncul juara Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 sejak penubuhan kelab itu pada 2013. Edisi lepas menyaksikan JDT tewas di final kepada Kuala Lumpur (KL) City FC 2-0 sementara bagi edisi 2020 saingan dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad