web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jersi Baharu Harimau Malaya Bertema ‘Demi Lencana Di Dada’

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 3:13PM

Hamidin (dua, kiri) menerima jersi baharu pasukan kebangsaan daripada Madsen pada Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pasukan Kebangsaan di Football Republic hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA -  ‘Demi Lencana Di Dada’ menjadi tema jersi baharu pasukan bola sepak kebangsaan musim 2022-2024 yang dilancarkan Nike Malaysia hari ini kira-kira sebulan sebelum kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dijadual bermula pada 20 Dis ini.

Jersi utama atau home, kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar berwarna hitam manakala jersi kedua atau away juga mengekalkan warna hitam sebagai warna utama di samping memiliki corak belang Harimau Malaya.

Tiga pemain negara iaitu Ahmad Khuzaimi Piee, V Ruventhiran dan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed masing-masing kelihatan segak menggayakan ketiga-tiga rekaan baharu jersi pasukan negara termasuk set penjaga gol pada majlis pelancaran di sini.

Majlis tersebut disempurnakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Pengarah Pemasaran Nike Asia Tenggara dan India, Chris Madsen.

“Jersi home kali ini tampil lebih unik sebenarnya apabila keseluruhan jersi berwarna kuning dan hanya di bahagian kolar bulatnya sahaja berwarna hitam.

“Inilah sebenarnya naratif yang cuba disampaikan iaitu segala fokus pada jersi home kali ini bukan kepada corak atau reka bentuknya tetapi tertumpu kepada sifat eksklusif logo FAM itu sendiri untuk membawa mesej mereka (pemain) bermain 'Demi Lencana Di Dada',” kata Hamidin.

Beliau berharap jersi baharu itu dapat memberikan semangat kepada para pemain negara ketika beraksi di kejohanan Piala AFF akan datang dan pertandingan berprestij, Piala Asia 2023 di Qatar.

Jersi baharu itu turut akan digunakan kesemua pasukan kebangsaan yang lain termasuk skuad wanita, remaja, futsal dan bola sepak pantai.

Sementara itu, Madsen berkata: Untuk jersi edisi 2022-2024 ini, kami mengekalkan penggunaan dua warna simbolik Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning kerana kedua-dua warna itu bukan warna biasa. Ia adalah warna jiwa untuk pahlawan - pahlawan Harimau Malaya.”

Kedua-dua jersi baharu itu yang masing-masing dijual pada harga RM299 sehelai boleh didapati secara eksklusif di Football Republic Sunway Pyramid dan secara dalam talian di www.nike.com/my dan Nike App bermula hari ini.

Ia disusuli penjualan secara menyeluruh di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic seluruh negara serta di www.al-ikhsan.com bermula 24 Nov ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad