Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PM Britain Antara Lantang Menentang Rancangan Kelab Sertai Liga Super Eropah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 1:14PM

Boris Johnson - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pengumuman yang dibuat oleh enam kelab bola sepak England yang merancang untuk menyertai Liga Super Eropah telah mencetuskan kemarahan, dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan cadangan tersebut sebagai “amat merosakkan bola sepak”.  

Liga Perdana Inggeris, Persatuan Bola Sepak England, kesatuan pemain dan kelab penyokong turut menyatakan bantahan mereka berhubung cadangan tersebut.

Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Tottenham adalah antara 12 pasukan yang bersetuju untuk menyertai liga tersebut. Ia juga bakal menampilkan Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, Juventus, AC Milan dan Inter Milan.

“Rancangan untuk satu Liga Super Eropah akan merosakkan sukan bola sepak dan kami menyokong pihak berkuasa bola sepak untuk mengambil tindakan.

“Cadangan ini akan mengganggu liga tempatan dan akan merisaukan peminat di seluruh negara.

“Kelab-kelab yang terlibat harus menjawab kepada peminat mereka dah komuniti bola sepak umum sebelum mengambil langkah seterusnya,” kata Johnson dalam satu ciapan di akaun Twitter rasminya.

Pada Isnin, UEFA dijangka mengumumkan perubahan format Liga Juara-Juara Eropah daripada tahun 2024.

Pertandingan itu dijangka diperluaskan daripada 32 ke 36 pasukan dengan 10 perlawanan minimum untuk setiap pasukan.

Langkah itu dilihat sebagai ingin menenangkan kelab-kelab terbesar di benua itu yang inginkan pendapatan yang lebih besar hasil perlawanan antara satu sama lain.

12 kelab terbabit telah terpikat dengan dana RM17.2 bilion dengan hanya menyertai pertandingan tersebut.

Persatuan Bola Sepak England berkata, liga tertutup akan “menyerang prinsip pertandingan terbuka dan merit sukan”.

Mereka juga mengulangi amaran FIFA bahawa pemain yang menyertai pertandingan tersebut akan diharamkan daripada bermain untuk pasukan negara mereka di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, bekas pemain juga mengkritik cadangan tersebut.

Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand menggambarkan cadangan itu sebagai “satu perang terhadap bola sepak”.

Manakala bekas Kapten Manchester United, Gary Neville meminta Liga Perdana Inggeris mengenakan penolakan mata dan penyingkiran daripada Liga Juara-Juara Eropah untuk kelab-kelab yang terlibat, jika masih ingin mengambil bahagian dalam pertandingan tempatan jika dibenarkan.

Dalam pada itu, Kumpulan Penyokong Manchester United  dalam satu kenyataan memberitahu, Liga Super yang berdasarkan prinsip tertutup beberapa kelab kaya adalah bertentangan dengan semua perkara dalam bola sepak. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Mampu Tembus Kelompok 120 Terbaik Dunia Hujung Tahun Ini - Hamidin

3

Sukan 1 tahun yang lalu

FIFA Umum Kalendar Baharu Pertandingan Antarabangsa

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Hamidin Dipilih Ahli Majlis FIFA, ‘Selamat Bertugas’

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

1.7 Juta Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Israel

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Politik 1 hari yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional