web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Quartararo Menang Lagi, Marquez Yang Kepenatan Di Tempat Ke-7

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 11:58AM

Quartararo meraikan kemenangannya selepas melintasi garis penamat di GP Portugal. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORTIMAO - Fabio Quartararo menang perlumbaan kedua berturut-turut di GP Portugal semalam, dengan juara dunia enam kali Marc Marquez menamatkan perlumbaan pertamanya selepas berehat selama sembilan bulan akibat kecederaan, di tempat ketujuh.

Persembahan itu menyebabkan pelumba dari Sepanyol itu menangis dan kepenatan.

“Saya berasa sangat yakin,” kata pelumba Yamaha dari Perancis Quartararo.

Francesco Bagnaia dari Itali, yang menunggang Ducati, menamatkan perlumbaan di tempat kedua di hadapan juara dunia bertahan Joan Mir yang menunggang untuk Suzuki.

Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) dan Brad Binder (KTM) dari Afrika Selatan melengkapkan tempat lima teratas.

Penamat di tempat ketujuh, Marquez hadir setelah menjalani tiga pembedahan di tangan kanan yang patah pada perlumbaan pembuka tirai musim lepas di Jerez.

Beliau melayakkan diri di baris kedua grid perlumbaan dan mengakui pada Sabtu yang beliau “akan menderita” selepas lama tidak berlumba.

Tidak menghairankan pelumba yang berusia 28 tahun itu kepenatan selepas tamat perlumbaan semalam tetapi sangat terharu kerana “merasa seperti penunggang MotoGP kembali”, bahkan menitiskan air mata dalam garaj Honda.

“Menamatkan perlumbaan 13 saat di belakang Quartarara adalah pencapaian yang hebat,” kata Marquez.

Pelumba Ducati-Pramac, Johann Zarco yang menerajui kedudukan penunggang sebelum perlumbaan semalam, terbabas pada pusingan ke-20.

Ini menyebabkan Quartararo memintas rakan senegaranya di puncak kedudukan penunggang dengan jurang 15 mata.

“Sekarang kami tahu apa yang kami perlu buat untuk beraksi dengan pantas. Saya menunggang dengan tenang tapi masih mampu meninggalkan Paco.

“Saya akan menyambut hari jadi saya dengan meriah,” kata Quartararo yang akan menyambut hari jadi ke-22 pada Selasa.

Dalam kelas Moto2 pula menyaksikan Raul Fernandez dari Sepanyol meraih kemenangan Moto2 pertamanya di hadapan Aron Canet dan Remy Gardner dari Australia.

Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah pula hanya mampu menamatkan perlumbaan di tangga ke-18.

Gardner mendahului kejuaraan Moto2 selepas tiga pusingan, empat mata di depan Fernandez.

Sementara itu dalam kelas Moto3 pula, pelumba Sepanyol yang berusia 16 tahun, Pedro Acosta menang perlumbaan keduanya berturut-turut

Dennis Foggia dan Andrea Migno menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad