web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelumba Cilik Hakim Danish Lakar Sejarah Membanggakan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 9:30PM

Muhammad Hakim Danish Ramli - Gambar Facebook Tarmac Sports Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mencipta sejarah tersendiri, apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) 2022 di Mandalika International Street Circuit di Lombok, Indonesia, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Muhammad Hakim yang lebih mesra disapa Hakim Danish menjadi rakyat Malaysia pertama dan pelumba kedua dari Asia Tenggara bergelar juara keseluruhan, sejak saingan perlumbaan itu mula diperkenalkan pada 2014.

Pada perlumbaan kedua pusingan terakhir hari ini, pelumba kelahiran Terengganu berusia 15 tahun itu menamatkan saingan di tempat kedua di belakang wakil Indonesia Vede Ega Pratama, sekali gus mengumpul keseluruhan 187 mata di posisi teratas senarai kedudukan pelumba.

Hakim Danish menjadi rakyat Malaysia pertama dan pelumba kedua dari Asia Tenggara bergelar juara keseluruhan, sejak saingan perlumbaan itu mula diperkenalkan pada 2014
Hakim Danish menjadi rakyat Malaysia pertama dan pelumba kedua dari Asia Tenggara bergelar juara keseluruhan, sejak saingan perlumbaan itu mula diperkenalkan pada 2014

Pencabar terdekatnya, Shinya Ezawa dari Jepun terpaksa berpuas hati menamatkan musim di tempat kedua dengan mengumpul keseluruhan 177 mata, selepas menghabiskan perlumbaan kedua di kedudukan ketiga.

Sementara itu, kejayaan memenangi dua pusingan perlumbaan di Lombok membolehkan Vede Ega mengutip keseluruhan 141 mata dan merampas posisi ketiga dalam senarai kedudukan pelumba daripada seorang lagi wakil Jepun, Gun Mie.

Pada perlumbaan pertama yang berlangsung di litar sama semalam, Carter Thompson dari Australia menduduki tempat kedua sementara Hakim Danish ketiga.

Sebagai rekod, Hakim Danish berjaya menduduki tempat pertama pada dua perlumbaan pusingan kedua di Lombok pada Mac lepas, diikuti perlumbaan pertama pusingan keempat di Thailand dan perlumbaan pertama pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang bulan lepas, sebelum beraksi di Lombok bulan ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

JDT Racing Team Pertaruh Hafizh Syahrin Dalam Kemunculan Sulung Sukan Permotoran

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Damok Buru Kedudukan Terbaik Setiap Perlumbaan Moto3

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Hakim Danish Mahu Kekal Momentum Di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023

4

Sukan 3 tahun yang lalu

GP Malaysia: Saya Tidak Rugi Apa-Apa - Quartararo

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam