web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hakim Danish Mahu Kekal Momentum Di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 9:57AM

Hakim Danish (tengah) bergambar selepas tiba di KLIA semalam. - Gambar ihsan SIC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) 2022 pada Ahad lepas, pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli berharap mampu mengekalkan momentum kemenangan dalam penampilan sulungnya di Red Bull MotoGP Rookies Cup musim 2023.

Perlumbaan yang berlangsung di Mandalika International Street Circuit di Lombok, Indonesia itu menyaksikan pelumba berusia 15 tahun yang lebih mesra disapa Hakim Danish menjadi rakyat Malaysia pertama dan pelumba kedua dari Asia Tenggara bergelar juara keseluruhan, sejak saingan perlumbaan itu mula diperkenalkan pada 2014.

Pelumba muda berasal dari Terengganu itu mengumpul 187 mata keseluruhan di posisi teratas senarai kedudukan pelumba, mengetepikan cabaran Shinya Ezawa dari Jepun yang mengumpul 177 mata dan pelumba tuan rumah Vede Ega mengutip 141 mata bagi kedudukan di posisi ketiga.

Anak kedua dari empat adik beradik itu tidak mampu menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur apabila mampu menutup tirai perlumbaan musim 2022 dengan penuh bergaya, sekali gus berharap terus menghasilkan ‘magis’ pada tahun hadapan.

“Saya sangat gembira dapat gelaran juara keseluruhan ATC dan sebagai rakyat Malaysia pertama menang kejuaraan ini. Saingan sangat sengit sebelum perlumbaan terakhir di Lombok di mana saya hanya dibezakan tiga markah dengan Shinya Ezawa dari Jepun.

“Tahun ini puas hati, tahun depan perlu bekerja keras dan kekal momentum kerana akan mula bermain dalam Red Bull Rookies Cup di mana pelumba Eropah mempunyai kelajuan yang tinggi jadi kena mula buat persediaan yang awal,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam.

Beliau mahu mendedikasikan kemenangan berkenaan kepada Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kru ZK Racing dan seluruh ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan galakan sepanjang kerjaya pemotorannya.

Kejayaan merangkul gelaran juara keseluruhan ATC hadir selepas Hakim Danish berjaya menduduki tempat pertama pada dua perlumbaan pusingan kedua di Lombok pada Mac lepas, diikuti perlumbaan pertama pusingan keempat di Thailand dan perlumbaan pertama pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang bulan lepas, sebelum kembali beraksi di Lombok bulan ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata beliau amat berpuas hati dengan kejayaan Hakim Danish pada musim ini yang mampu membuka mata masyarakat di luar sana tentang kewujudan sukan pemotoran.

“Kita nampak dia (Hakim Danish) permata baharu yang masih perlu digilap bersama pengurus ZK Racing Zulfahmi Khairuddin dan pasukan. Setakat ini perbincangan masa depan bersama pengurus ialah Hakim Danish akan beraksi di ATC bagi satu tahun lagi dan buat penampilan sulung di Red Bull Rookies Cup,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

JDT Racing Team Pertaruh Hafizh Syahrin Dalam Kemunculan Sulung Sukan Permotoran

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

4

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Deru Adrenalin Ujian Musim Sejuk MotoGP 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan