web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Walaupun Cedera, Dybala Disenarai Jua Dalam Skuad Piala Dunia Argentina

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 10:58AM

Dybala tersenarai dalam squad Piala Dunia Argentina. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUENOS AIRES - Penyerang AS Roma Paulo Dybala disenaraikan dalam skuad Argentina untuk Piala Dunia FIFA di Qatar walaupun mengalami kecederaan hamstring, kata persatuan bola sepak negara itu pada Jumaat.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak bermain sejak mengalami kecederaan dalam kemenangan 2-1 ke atas Lecce dalam Serie A Itali di tempat sendiri pada 9 Oktober.

Media tempatan melaporkan bekas bintang Juventus itu memulakan latihan ringan minggu ini dan beliau perlu cergas untuk perlawanan pertama Argentina menentang Arab Saudi pada 22 November. Albicleste juga akan menentang Mexico dan Poland dalam Kumpulan C, lapor Xinhua.

Seperti yang dijangkakan, pilihan bahagian serangan Argentina juga termasuk penyerang Paris Saint-Germain Lionel Messi, Julian Alvarez dari Manchester City dan penyerang Inter Milan Lautaro Martinez.

Pengurus Lionel Scaloni turut memanggil pemain tengah Leandro Paredes (Juventus) dan Rodrigo De Paul (Atletico Madrid) dalam skuad 26 pemainnya.

Namun tiada tempat untuk Giovani Lo Celso, yang diketepikan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika bermain untuk Villarreal.

“Mereka bangga dipanggil dan memakai jersi ini, semoga anda sebagai peminat juga begitu. Kami bersama-sama dalam hal ini,” kata Scaloni dalam video Instagram.

Pertahanan Argentina termasuk Cristian Romero dari Tottenham Hotspur, Lisandro Martinez dari Manchester United dan pemain veteran Benfica Nicolas Otamendi.

Emiliano Martinez dari Aston Villa bersedia menjadi penjaga gol pilihan pertama di hadapan Franco Armani (River Plate) dan Geronimo Rulli (Villarreal).

Skuad Argentina: Penjaga gol: Emiliano Martinez (Aston Villa), Franco Armani (River Plate) dan Geronimo Rulli (Villarreal)

Pertahanan: Gonzalo Montiel (Sevilla), Nahuel Molina (Atletico Madrid), German Pezzella (Real Betis), Cristian Romero (Tottenham Hotspur), Nicolas Otamendi (Benfica), Lisandro Martinez (Manchester United), Juan Foyth (Villarreal), Nicolas Tagliafico (Olympique Lyonnais), Marcos Acuna (Sevilla)

Pemain tengah: Leandro Paredes (Juventus), Guido Rodriguez (Real Betis), Enzo Fernandez (Benfica), Rodrigo De Paul (Atletico Madrid), Exequiel Palacios (Bayer Leverkusen), Alejandro Gomez (Sevilla), Alexis Mac Allister (Brighton & Hove Albion )

Penyerang: Paulo Dybala (AS Roma), Lionel Messi (Paris St Germain), Angel Di Maria (Juventus), Nicolas Gonzalez (Fiorentina), Joaquin Correa (Inter Milan), Lautaro Martinez (Inter Milan), Julian Alvarez (Manchester City). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad