web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Quartararo Cipta Rekod Baharu, Mula Petak Utama GP Portugal

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 9:17AM

Quartararo akan bermula di petak utama GP Portugal. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORTIMAO - Pelumba dari Perancis Fabio Quartararo, menunggang jentera Yamaha, memberikan aksi bergaya untuk mencatat masa terpantas di litar Portimao untuk mendapat posisi pole di GP Portugal.

Juara dunia enam kali Marc Marquez yang kembali dari berehat lama kerana kecederaan pula akan bermula di baris kedua pada grid permulaan pada hari ini.

Marquez tidak membuang banyak masa untuk kembali beraksi sembilan bulan selepas kemalangan di GP Sepanyol yang menyebabkan beliau terpaksa berehat untuk keseluruhan musim lepas, dan dua perlumbaan pertama tahun ini.

Walaupun hilang sedikit masa kerana masalah teknikal pada jenteranya beliau mencatat masa keenam terpantas selepas layak dari sesi kelayakan pertama untuk penunggang yang menamatkan sesi latihan di luar posisi 10 teratas.

Quartararo, pemenang GP Doha, memperoleh posisi pole ke-11 dalam kariernya dengan rekod pusingan baharu 1:38.862 saat, di hadapan Alex Rins, dan Johann Zarco.

Marquez berkongsi baris kedua dengan penunggang Ducati dari Australia Jack Miller, dan penunggang Petronas Yamaha SRT Franco Morbidelli dari Itali.

Francesco Bagnaia dari Itali pada awalnya mencatat masa terpantas, tetapi catatan itu dibatalkan kerana melanggar bendera kuning selepas kemalangan Miguel Oliveira dan meninggalkan penunggan Ducati itu di tempat ke-11.

“Ia tidak berasa seperti posisi pole,” kata Quartararo selepas masa Bagnaia dibatalkan.

Quartararo yang mendominasi sesi latihan ketiga dan keempat semalam menambah:

“Saya berasa baik, dan saya tahu kadar kelajuan yang boleh dikecapi.”  - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad