web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Kini Tempat Ketiga Dalam Ranking BWF

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 7:43AM

Lee Zii Jia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh profesional perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia dilihat berada di landasan tepat untuk menduduki tempat pemain kedua terbaik menjelang hujung tahun, memandangkan ketika ini beliau merupakan pemain ketiga terbaik dunia berdasarkan ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.

Zii Jia dilihat naik satu anak tangga dari kedudukan di tempat keempat sebelum ini, selepas berjaya mengumpulkan 91,578 mata, manakala penyandang juara dunia Viktor Axelsen dari Denmark kekal di tempat teratas dengan 122,606 mata, diikuti dengan rakan senegara Anders Antonsen dengan 92,700 mata.

Pemain veteran Liew Daren muncul sebagai pemain terbaik kedua negara dalam ranking dunia apabila kekal di tempat ke-29 (48,009 mata), diikuti dengan pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 Ng Tze Yong, yang naik satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-25 (42,384 mata).

Sementara itu juara beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal di tempat kelima (90,328 mata) manakala dua lagi pasangan regu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, turut kekal berada dalam kelompok ranking 10 terbaik.

Yew Sin-Ee Yi kekal di tempat kesembilan (72, 490 mata) diikuti dengan Sze Fei-Nur Izzuddin di tempat ke-10 (69, 375 mata).

Pasangan beregu nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah kekal di tempat ke-11 (66,435 mata) manakala juara Syed Modi International 2022 Anna Cheong Ching Yik-Teoh Mei Xing naik ke tangga 29 (43,465 mata) daripada tempat ke31 sebelum ini.

Dalam perseorangan wanita juara Sukan SEA 2019 S. Kisona naik ke anak tangga ke-50 daripada tangga ke-49 (32,019 mata) manakala bekas juara remaja dunia dua kali Goh Jin Wei menduduki tempat ke-50 (31,441 points), naik empat anak tangga berbanding sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar