web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lee Tuck Kini Sah Warganegara Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 9:44AM

Lee Tuck telah bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) sejak 2017 apabila menyertai pasukan Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu FC pada 2018 dan bersama Sri Pahang pada musim lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain tengah Sri Pahang FC Lee Tuck kini sah mendapat taraf  warganegara Malaysia selepas melengkapkan proses naturalisasi.

Perkembangan itu diumumkan oleh pemain berusia 34 tahun itu menerusi hantaran dalam Instagram beliau malam tadi.

“Hari ini (semalam) akhirnya dan secara rasminya saya boleh katakan saya warganegara Malaysia.

“Saya sangat bersyukur mendapat kewarganegaraan Malaysia. Proses ini perjalanan yang sukar dengan membuat pengorbanan untuk sampai ke sini tetapi ia peluang yang tidak dapat saya lepaskan,” tulisnya.

Pemain kelahiran Huddersfield, England itu melahirkan penghargaannya kepada pemimpin tertinggi Sri Pahang terutama pemilik kelab bola sepak itu Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kerana menyokong beliau sepanjang proses naturalisasi berjalan.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga tercinta dan kawan rapat,” katanya.

Tuck telah bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) sejak 2017 apabila menyertai pasukan Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu FC pada 2018 dan bersama Sri Pahang pada musim lepas.

Sri Pahang sebelum ini dilaporkan cuba untuk menjadikan Tuck dan pemain kelahiran Argentina, Sergio Aguero sebagai pemain naturalisasi, bagaimanapun status Aguero yang bermain dalam Liga-M sejak 2017, masih belum dapat disahkan lagi.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini sudah mempunyai tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad