web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Strategi Berhasil, Beregu Negara Raih Gelaran Pertama Juara Dunia - Rexy

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 7:00AM

Rexy Mainaky - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Strategi itu berjaya!

Kemenangan 21-19, 21-14 ke atas juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia akhirnya menamatkan badi beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk menawan kejuaraan dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022, di Tokyo, semalam.

Pencapaian itu menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia, selain menjadi hadiah cukup istimewa kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang bakal disambut 31 Ogos ini.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berkata beliau mengetahui bukan mudah untuk mengalahkan beregu berpengalaman Indonesia digelar ‘The Daddies’ itu tetapi menasihatkan Aaron-Wooi Yik supaya memilih rali yang panjang dan tidak terlalu tergopoh-gopoh membalas hantaran.

“Kita dapat lihat betapa bagusnya Ahsan-Hendra bermain mulai pusingan pertama hingga separuh akhir, malah mereka menguasai set pertama.

“Saya memberitahu Aaron-Wooi Yik bahawa, dari segi kelajuan, mereka lebih baik dan boleh mencabar Ahsan-Hendra, tetapi perlu membina keyakinan diri.

“Mereka hanya terus berjuang mata demi mata, sehingga mereka mendapat peluang untuk mendahului dengan beberapa mata, di situlah timbulnya keyakinan mereka untuk memenangi perlawanan,” kata Rexy dalam temu bual dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas aksi final itu.

Aaron dan Wooi Yik meraikan kemenangan mereka menjadi juara dunia semalam. - Gambar AFP
Aaron dan Wooi Yik meraikan kemenangan mereka menjadi juara dunia semalam. - Gambar AFP

Kuasa besar badminton seperti Indonesia, China, Jepun, Denmark dan Korea Selatan, malah Singapura, India dan Thailand telah melahirkan juara dunia namun gelaran dunia kekal sukar untuk Malaysia sehingga Aaron-Wooi Yik mencapai kejayaan semalam.

Rexy berkata, sejak kembali ke BAM sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan Oktober lalu, beliau lebih menumpukan pada usaha memupuk mentaliti kemenangan dan membina keyakinan Aaron-Wooi Yik berbanding kemahiran.

“Apabila menyentuh tahap mereka, kita tidak menumpukan kepada kemahiran dan teknik kerana ia tidak banyak yang perlu diubah tetapi kepercayaan dan keyakinan diri apabila berdepan dengan pemain utama.

“Jika memiliki pemikiran seperti ‘dengan kemahiran saya, saya boleh bersaing dengan sesiapa sahaja’.

“Kemudian cuba kurangkan kesilapan dan pemikiran negatif mereka.

“Cuma semua perkara ini perlu saya perbaiki ... Jadi apabila semua perkara ini dicantum, kemahiran itu akan terserlah,” tambahnya.

Mengulas kritikan yang dihadapi oleh pemain kerana sering terkandas di peringkat separuh akhir, Rexy berkata kritikan sebegitu seharusnya hanya membina mentaliti yang kuat terutama pemain bertaraf dunia.

Ditanya tentang perasaannya apabila anak buahnya merangkul kejuaraan, beliau menyifatkan ia bagaikan amat teruja seperti seorang pesakit terlantar dan tiba-tiba sembuh dan boleh berlari.

“Ucapan tahniah kerana menjadi pemain pertama Malaysia merangkul kejuaraan.

“Saya sentiasa berpesan bahawa mereka hanya perlu bermain untuk diri sendiri, keluarga dan negara.

“Saya bangga dengan pencapaian mereka dan bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang minggu saya berdoa dengan memohon keberkatan diberikan kepada pemain untuk membawa pulang gelaran pertama di pentas dunia untuk Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar