web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rekod Tanpa Kalah Negeri Sembilan FC Lebur Di Tangan KL City

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 6:39AM

Pemain KL City FC meraikan kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rekod lapan kali berturut-turut tanpa kalah di tempat lawan Negeri Sembilan FC lebur hari ini selepas tewas 1-0 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam tadi.

Saingan Liga Super yang seimbang pada separuh masa pertama akhirnya berpihak kepada tuan rumah selepas ketua pasukan Paolo Josue menyempurnakan hantaran hasil sepakan sudut Zhafri Yahya dalam masa kecederaan.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Hobin Jang Hobin memperkemaskan corak permainan untuk memburu gol penyamaan bagaimanapun gagal berbuat demikian selepas barisan pertahanan skuad warga kota menampilkan disiplin tinggi menyerap segala tekanan dari pelawat sepanjang babak kedua berlangsung.

Percubaan terbaik Negeri Sembilan hadir pada minit ke-68 menerusi sepakan percuma diambil pemain gantian, Matheus Alves Leandro, namun sedikit tersasar di sebelah kanan gawang KL City.

Kemenangan dilakar KL City pastinya melegakan skuad bimbingan Bojan Hodak selepas mereka dibelasah 5-0 oleh juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 1 Ogos lepas.

Kekalahan Negeri Sembilan tidak menjejaskan kedudukan di tangga ketiga liga dengan 32 mata manakala KL City dengan 21 mata untuk berada di tangga keenam.

Sementara itu, pasukan tercorot liga, Penang FC terus dirundung malang selepas tewas enam perlawanan berturut-turut musim ini, kali ini kepada Sri Pahang FC, 2-3, pada saingan di Stadium Bandaraya, George Town.

Pasukan dari Pantai Timur terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import Andres Steven Rodriguez Ossa pada minit ke-44 sebelum Rafael Vitor Santos menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65.

Sri Pahang kembali berada di depan selepas Ossa meledak jaringan kedua peribadinya pada minit ke-74 disusuli jaringan David William Rowley untuk melebarkan kedudukan buat pelawat selang enam minit kemudian.

Penyerang dari Brazil, Lucas Epindola Da Silva cuba menyalakan api kebangkitan Penang FC menerusi jaringan pada minit ke-85 namun ia terlambat bagi mereka untuk sekurang-kurangnya mencari satu mata dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.

Selepas mengharungi 16 perlawanan, Sri Pahang berada di tangga kelima dengan 21 mata dan Penang pula terperosok di tangga terbawah dengan tujuh mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

3

Semasa 5 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Kolum 5 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad