web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ng Tze Yong Berada Di Landasan Terbaik Untuk Ke Kejohanan Dunia Tokyo

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 12:27PM

Ng Tze Yong - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Atlet badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yakin beliau berada di landasan terbaik untuk beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun yang akan bermula pada 22 hingga 28 Ogos ini.

Menyifatkan kejayaan merangkul perak dalam kemunculan sulungnya di Sukan Komanwel Birmingham 2022 sebagai persembahan terbaiknya, beliau bagaimanapun mengakui terdapat beberapa perkara termasuk aspek stamina perlu ditambah baik.

“Masa (terlalu) singkat (untuk) ke kejohanan tersebut (dan) saya rasa saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan jurulatih apa yang akan saya fokus dalam masa berbaki untuk ke kejohanan dunia ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba dari Birmingham di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. 

Berdasarkan undian dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di laman sesawang https://bit.ly/3SHT4ac, Tze Yong yang layak pada saat akhir susulan penarikan diri pemain dari negara lain akan membuka tirai kempen bertemu juara Masters Malaysia dari Indonesia, Chico Aura Dwi Widoyo di pusingan pertama.

Jika menang, beliau diramal akan berdepan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama di pusingan kedua sebelum dijangka bertemu pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di pusingan ketiga.

Dalam pada itu, atlet kelahiran Johor itu berharap beliau dapat mengekalkan momentum cemerlang pada penampilan sulungnya untuk bersaing dengan pemain elit dunia di Tokyo.

Ditanya mengenai sasarannya di kejohanan berprestij itu, Tze Yong berkata beliau tidak mahu terlalu memikirkannya sebaliknya mahu fokus pada perlawanan selain berazam mahu mempamerkan prestasi terbaik.

Pada aksi di Birmingham, Tze Yong yang menggantikan Lee Zii Jia berjaya menghadiahkan pingat perak kepada negara dalam kemunculan sulungnya di Sukan Komanwel Birmingham 2022, selain turut menghadiahkan emas selepas beraksi cemerlang dengan menang semua perlawanan dalam acara berpasukan campuran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 47 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek