web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhammad Azeem Timbang Semula Lanjut Pengajian Di Houston

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 10:18AM

Muhammad Azeem Mohd Fahmi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat.

Atlet berusia 18 tahun itu berkata keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

“Kalau saya pilih Houston, di sana ada satu komuniti Islam besar yang dapat menjamin keadaan saya selain universiti itu telah melahirkan pelari pecut bertaraf dunia dan terdapat jurulatih terbaik.

“Saya juga dapat tawaran daripada Universiti Auburn yang akademiknya lebih baik daripada universiti sukan lain. Apa-apa pun saya fikirkan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi.

Sebelum ini, atlet kelahiran Perak itu membuat keputusan untuk ke Universiti Houston yang baru sahaja melantik pemenang pingat emas sembilan kali Sukan Olimpik, Carl Lewis sebagai ketua jurulatih olahraga dan balapan.

Muhammad Azeem sebelum ini mencipta rekod baharu 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia yang menyaksikan beliau memadam rekod lama 10.18s milik bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan.

Bagaimanapun impian untuk menaiki podium pada kejohanan itu tidak kesampaian selepas beliau menamatkan saingan acara 100m lelaki di tempat kelima pada 3 Ogos lepas. 

Sementara itu, mengulas mengenai kehadiran pelumba Thailand, Puripol Bonsoon yang disifatkan bakal menjadi seterunya di kejohanan akan datang, Muhammad Azeem sebaliknya tidak beranggapan begitu.

Baginya kehadiran Puripol merupakan bukti atlet Asia Tenggara mampu membuat larian dengan catatan masa bertaraf dunia.

"Bagi saya, dalam masa terdekat ini, kita mampu lihat dalam Asia Tenggara saja, malah Asia, kita dapat buktikan kita ada banyak pelari pecut yang dapat melakukan catatan masa seperti pelari pecut dunia yang lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PKR Bantah Keputusan Kerajaan Terengganu Larang Atlet Wanita Sertai Gimnastik 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad