web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man City 17 Mata Di Puncak Liga, Chelsea Dibenam West Brom

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 7:53AM

Jota (depan) meraikan gol pertamanya menentang Arsenal bersama rakan sepasukan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester City terus unggul di persada Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Leicester, West Brom pula mengakhiri urutan tanpa kalah pengurus Chelsea Thomas Tuchel selepas membenam kelab London itu 5-2.

Liverpool pula mengambil kesempatan atas kekalahan Chelsea dengan menundukkan Arsenal 3-0 di tempat lawan untuk merapatkan jurang kepada dua mata bagi menduduki posisi empat teratas.

City kini 17 mata di hadapan kelab di tangga kedua liga, Manchester United, selepas mencatat 15 kemenangan berturut-turut di tempat lawan dalam semua pertandingan.

Benjamin Mendy dan Gabriel Jesus menjaringkan gol-gol City di babak kedua di Stadium King Power untuk memastikan kemenangan buat The Citizens.

City sedang mengejar empat kejuaraan pada musim ini, dan akan berdepan dengan Borussia Dortmund dalam suku akhir aksi timbal-balik pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan yakin selepas membalas dendam terhadap Leicester yang  mengalahkan mereka 5-2 pada September.

“Ini adalah langkah besar dalam misi menjuarai liga.

“Liga Perdana Inggeris adalah kejuaraan yang hebat. Ia berlangsung selama 11 bulan dan sangat sukar. Kami sangat hampir untuk mengecapi kejuaraan,” kata pengurus City Pep Guardiola.

Di Stadium Stamford Bridge, pengurus Chelsea Tuchel menyaksikan urutan 14 perlawanan tanpa kalahnya selepas mengganti Frank Lampard dimusnahkan oleh West Brom 5-2.

Christian Pulisic memberi gol pendahuluan buat Chelsea pada separuh masa pertama tapi dua minit kemudian pertahanan tengah, Thiago Silva dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning keduanya.

Kelab di tangga ke-19 West Brom mengambil kesempatan akan perkara itu dengan Matheus Pereira menjaringkan dua gol dengan pantas pada masa tambahan babak pertama.

Di babak kedua Chelsea tampak tidak keruan selepas Mbaye Diagne menjaringkan gol ketiga West Brom sebelum Callum Robinson menambah dua gol untuk memastikan tiga mata untuk The Baggies.

Mason Mount menjaringkan gol kedua Chelsea.

Chelsea kekal di tempat keempat, tetapi West Ham dan Tottenham boleh memintas mereka kalau menang perlawanan masing-masing.

Liverpool kembali bersaing untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas mencatat kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak bulan Januari.

Anak buah Jurgen Klopp mendominasi Arsenal dan menjaringkan tiga gol dalam 18 minit di babak kedua.

Diogo Jota membuka jaringan sebelum Mohamed Salah menjaringkan gol kedua The Reds.

Penyerang Portugis itu yang dimasukkan di babak kedua memastikan tiga mata buat Liverpool dengan jaringan keduanya.

Leeds pula mengalahkan pasukan tercorot liga Sheffield United 2-1 di Stadium Elland Road. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad