web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Komanwel: Pandelela Gagal Naik Podium Dalam Acara 10 Meter Platform

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 7:58AM

Pandelela Rinong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong gagal dalam usahanya untuk membawa pulang pingat dalam acara wanita 10 meter (m) platform Sukan Komanwel Birmingham 2022, selepas hanya menduduki tempat ke-11 daripada 12 penerjun, di Pusat Akuatik Sandwell, di sini.

Pandelela, yang hanya mengumpulkan 260.90 mata, menerima 63.00 mata pada terjunan pertama, sebelum memperbaiki terjunan keduanya dengan menerima 66.7 mata.

Bagaimanapun aksi terjunannya selepas itu semakin menurun dengan hanya mengutip 52.80 mata untuk terjunan ketiga, dan terjunan terburuknya pada terjunan keempat (33.60 mata), sebelum menamatkan terjunannya pada Khamis dengan 44.80 mata.

Penerjun tuan rumah menguasai dua tempat teratas dengan Andrea Sirieix, 17, dengan terjunan yang cemerlang, membawa pulang pingat emas dengan mengumpulkan 357.50 mata, manakala Lois Mae Toulson, menang perak (337.30 mata).

Penerjun Kanada yang mengumpulkan 317.50 mata, menang gangsa.

Pandelela, yang memenangi pingat emas pada edisi New Delhi 2010 dan perak di Glasqow 2014, mengakui bahawa hari pertama berlangsungnya acara terjun ini, bukan hari untuknya.

“Lompat tak baik sangat, sedikit sedih tak lakukan seperti biasa, datang sini agak terkejar-kejar jadi ada sikit ‘jetlag’ dan penat... kadang-kadang hari ini hari anda, namun hari ini bukan hari saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas acara tersebut.

Namun atlet dari Sarawak itu berjanji untuk kembali dengan lebih baik dan berharap akan dapat melakukan terjunan yang lebih konsisten dalam dua lagi acara yang akan disertainya iaitu wanita 10m platform seirama bersama Nur Dhabitah Sabri dan 10m platform seirama campuran bersama Jellson Jabilin.

Pada masa sama, beliau akui bahawa agak sukar untuk memenangi pingat di sini selepas penerjun lain telah memberikan cabaran hebat terutamanya penerjun tuan rumah, Sirieix dan Toulson.

“Hari ini hari mereka, jadi saya ucapkan tahniah kepada mereka berdua,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad