web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Sambut Semula Kehadiran Penonton Di Stadium

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 8:04AM

Reezal Merican turut hadir bagi memantau tahap pematuhan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, Johor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) menyambut kehadiran semula 2,000 penonton ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Melaka United FC dalam aksi Liga Super, malam ini.

Ia adalah 384 hari sejak kali terakhir 'pemain ke-12' menikmati kemeriahan di gelanggang keramat skuad Harimau Selatan itu - dan ternyata sesuatu yang amat berbaloi melihat pasukan kesayangan melakar kemenangan keempat musim ini untuk terus mendominasi carta liga.

Pemain pertahanan Adam Nor Azlin mengukir senyuman peminat yang mengamalkan penjarakan fizikal di tempat duduk penonton stadium seawal minit keempat apabila menanduk deras bola hasil sepakan penjuru melepasi penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Selang empat minit kemudian, giliran pemain import Brazil Bergson da Silva mencetak nama sebagai penjaring berpunca kesilapan pertahanan Melaka United FC Jang Suk-won yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti.

Meskipun perlawanan dikuasai JDT, namun Melaka United FC hampir merapatkan jurang menerusi Sony Norde apabila rembatan deras bekas pemain kebangsaan Haiti dari luar kotak pada minit ke-50 sekadar menggegar tiang tatkala penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli sudahpun tertewas.

Bergson melengkapkan kemenangan JDT dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-82 selepas menyempurnakan hantaran rendah berkualiti pemain gantian Mohamadou Sumareh dari sebelah kanan.

Pertembungan dua pasukan 'selatan' tanah air itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang hadir bagi memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) protokol pengurusan penonton ditetapkan kerajaan.

Perlawanan itu juga antara dua aksi yang dijadikan sebagai projek perintis protokol pengurusan penonton selain pertembungan antara Kuala Lumpur City FC menentang Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, esok.

Sementara itu, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merampas kedudukan kedua liga dengan mengumpul 13 mata selepas membenam cabaran pasukan di zon penyingkiran Sri Pahang FC 3-1 yang terpaksa bermain dengan 10 orang di Stadoum Darul Aman, Alor Setar.

Pemain import Herold Goulan dilayangkan kad merah pada minit ke-17 selepas menjatuhkan Kipre Tchetche yang berpeluang meledak gol pembukaan perlawanan.

Kesempatan itu dimanfaat sepenuhnya skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak untuk mendominasi perlawanan sebelum kapten pasukan Baddrol Bakhtiar meledak gol pembukaan pada minit ke-36, namun Sri Pahang FC pantas menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi Muhamad Nur Izzat Che Awang.

Penyerang import dari Liberia Kpah Sherman meletakkan KDA FC kembali di hadapan pada awal  babak kedua perlawanan sebelum Baddrol menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-70 untuk mengesahkan kemenangan pasukan.

Pada masa sama, Terengganu FC jatuh ke kedudukan ketiga apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Petaling Jaya City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, aksi tunggal Liga Premier menyaksikan Perak FC II menamatkan episod empat kekalahan berturut-turut selepas bangkit mencatat kemenangan dramatik 4-3 ke atas Selangor FC 2 di Stadium Perak, Ipoh. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad