web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Tetap Garang Tanpa Mora, NS Rampas Kedudukan Ketiga

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 7:59AM

Penyerang Sarawak United FC Kouassi Francis Kone diasak pemain-pemain Johor Darul Taazim (JDT) pada saingan Liga Premier di Stadium Negeri malam tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun beraksi tanpa ketua jurulatih, motivasi pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap berada pada tahap tertinggi selepas menewaskan Sarawak United FC 4-0 pada aksi Liga Super dia Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

JDT hari ini membuat kejutan apabila mengumumkan bekas pengendalinya Benjamin Mora sah meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk pulang ke negara kelahirannya Mexico disebabkan faktor urusan peribadi, hanya beberapa jam sebelum sepak mula aksi di Kuching.

Pada aksi malam ini, bekas penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri meletakkan JDT di depan pada minit ke-13 selepas mengambil kesempatan di atas kealpaan beberapa pemain pertahanan tuan rumah untuk memanfaatkan lontaran ke dalam yang pantas dilakukan La'Vere Corbin-Ong.

Tujuh minit kemudian, JDT, yang dibimbing penolong ketua jurulatih, Mohd Hamzani Omar, selesa mendahului 2-0 selepas penyerang import sensasi dari Brazil, Bergson da Silva, bijak menghidu ruang untuk menampan tandukan rakan sepasukan berpunca dari sepakan penjuru.

Pemain pertahanan, Muhammad Syahmi Safari, yang menerima hantaran jauh import dari Argentina, Fernando Forestieri, meledak gol ketiga JDT pada minit ke-79 sebelum giliran Forestieri mencetak nama sebagai penjaring menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan selepas beliau dijatuhkan.

JDT kini gah di persada liga apabila mengumpul 32 mata daripada 12 perlawanan manakala Sabah FC kedua (28 mata) dan Negeri Sembilan FC naik ke kedudukan ketiga mengutip 23 mata selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Pada aksi itu, pemain sayap import Negeri Sembilan, Yashir Pinto meledak gol pembukaan pada minit ke-17 apabila tenang menyempurnakan hantaran rakan sepasukan, namun TFC hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan hasil penyudah Tchetche Kipre pada minit ke-19.

Kesilapan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim menangkap bola membawa padah, apabila bola yang terlepas darpadai kawalannya singgah di kaki Gustavo Dos Santos yang tidak teragak-agak melepaskan rembatan untuk gol kemenangan Negeri Sembilan pada minit ke-52.

Sementara itu, dua jaringan penting penyerang import dari Ghana, Jordan Mintah memastikan Kuala Lumpur (KL) City FC meraih tiga mata berharga selepas mengatasi Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Mintah, yang menyertai skuad The City Boys dari TFC II bulan lepas, menjaringkan gol penyamaan yang juga jaringan pertamanya bersama kelab baharu pada minit ke-56 selepas Aiman Alif Afizul meletakkan KDA FC di depan pada minit ke-42.

Beliau memusnahkan harapan skuad Sang Kenari untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Cheras apabila menanduk masuk hantaran rakan sepasukan pada minit ke-72 sekali gus menjadi gol kemenangan yang menyaksikan KL City naik kedudukan keempat dengan 18 mata.

Dalam pada itu, Sri Pahang FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menamatkan kemarau kemenangan dalam lima perlawanan selepas menundukkan Selangor FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Dua gol skuad Tok Gajah dijaringkan Steven Rodriguez dan Abdul Malik Mat Ariff masing-masing pada minit ke-34 dan ke-39 sekali gus membantu pasukan merakam kemenangan ketiga musim ini.

Dalam aksi Liga Premier, Kelantan United FC yang terpaksa bermain 10 orang selepas pemain tengah Muhammad Haziq Mohd Subri dilayangkan kad merah di hujung babak pertama, sekadar seri 1-1 berdepan Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Jaringan sendiri Shuhei Fukai pada minit ketujuh meletakkan pasukan pelawat di depan sebelum Kelantan United mampu menarik nafas lega selepas penyerang gantian Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin menyamakan kedudukan pada minit ke-53. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad