Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Liga Super Dikembangkan, Liga Premier Dihentikan Sementara Bermula 2023

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 4:36PM

Ab Ghani bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ketiga bagi penggal 2021-2025 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Liga Malaysia (Liga-M) akan melalui penstrukturan yang menyaksikan penyertaan 18 pasukan dalam saingan Liga Super manakala Liga Premier dihentikan sementara bermula musim 2023.

Melalui penstrukturan itu, saingan Liga Simpanan diperkenalkan mulai musim depan melibatkan kesemua 18 pasukan Liga Super 2023 yang perlu menyediakan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) masing-masing bagi saingan tersebut.

Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata usul penstrukturan itu dipersetujui kesemua 21 rakan kongsi terdiri daripada 12 pasukan Liga Super dan sembilan wakil Liga Premier sedia ada pada Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ketiga yang berlangsung hari ini.

Katanya, penstrukturan itu antara lain menawarkan minit permainan lebih tinggi dan jumlah perlawanan kompetitif lebih banyak kepada pemain selain meningkatkan nilai komersial saingan liga tempatan yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.

“Agenda ini boleh membawa skuad Harimau Malaya untuk lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dari sudut komersial sudah tentu dengan lebih perlawanan bukan sahaja MFL, malah pasukan dapat kelebihan dari aspek penajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, hari ini.

Pelaksanaan penstrukturan Liga-M itu menyaksikan setiap pasukan Liga Super 2023 akan beraksi 34 perlawanan semusim berbanding hanya 22 perlawanan ketika ini.

Pada masa sama, Ab Ghani berkata penstrukturan itu juga bagi menyelaras setiap pasukan untuk mempunyai skuad simpanan yang konsepnya seperti feeder team dimiliki Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan Terengganu FC.

“Maka kita selaraskan dengan wujudnya Liga Simpanan dengan ia dilihat adil untuk semua pasukan yang terlibat dalam liga musim depan,” katanya.

Ketika ini, sebanyak 12 pasukan bertanding dalam Liga Super sementara 10 dalam Liga Premier yang menyaksikan pasukan kedua-dua liga berkenaan masing-masing menempuh 22 dan 18 aksi semusim.

Penstrukturan bermula musim depan menyaksikan enam pasukan Liga Premier akan dinaikkan kepada Liga Super, namun dua pasukan terbawah perlu bermain aksi ‘play-off’ menentang dua pasukan terbaik daripada Liga M3, yang juga saingan liga tertinggi peringkat amatur di Malaysia.

Sekiranya berjaya layak ke Liga Super musim depan, pasukan daripada Liga M3 perlu melengkapkan proses pelesenan kelab yang akan dinilai MFL.

Sementara skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN) yang dikhususkan untuk pembangunan pemain muda negara dan beraksi dalam Liga Premier ketika ini akan mengisi slot ke-19 pasukan dalam Liga Simpanan.

Dalam pada itu, bermula musim depan MFL menetapkan format baharu pendaftaran sembilan pemain import kepada kesemua pasukan Liga Super meskipun MFL akan mengikut ketetapan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam penggunaan enam pemain import.

Namun, badan pentadbir Liga-M itu kekal dengan hanya membenarkan lima pemain import di atas padang iaitu tiga tambah satu kuota pemain Asia dan satu slot pemain ASEAN pada satu masa dengan hanya tambahan seorang pemain di bangku simpanan bertujuan menjaga slot pemain tempatan.

Mengulas lanjut, Ab Ghani berkata membuat penyusunan jadual adalah antara cabaran terbesar MFL tetapi pihaknya sudah mempunyai strategi untuk memastikan kelancaran saingan musim depan melalui beberapa siri bengkel yang akan dianjurkan pihaknya bersama kesemua pasukan terlibat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 1 hari yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran