web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Singkir 'The Daddies'

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 7:08AM

Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022 - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022 selepas menyingkirkan pasangan veteran Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan semalam.

Gandingan negara turun selaku pilihan kelima menyajikan aksi mendebarkan penonton di Arena Axiata bermula dengan baik apabila menguasai set pertama 21-13, namun pasangan The Daddies yang jelas berpengalaman dalam waktu genting menang set kedua dengan 22-20 untuk mengheret kepada set penentuan.

Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik - Gambar oleh Alif Omar
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik - Gambar oleh Alif Omar

Pada set penentuan, Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keenam dunia, bermain dengan tenang serta mengelak daripada melakukan kesalahan mudah untuk menoktahkan kemenangan 21-19 sekali gus mengesahkan tempat ke separuh akhir esok. Pasangan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo itu akan berdepan pilihan kedua Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun.

Terdahulu, pasangan nombor dua dunia itu dipaksa bermandi peluh sebelum menyingkirkan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dari Korea Selatan 21-14, 21-23, 21-14 dalam satu lagi saingan suku akhir.

Sementara itu, Aaron menyifatkan pertembungan dengan Mohammad Ahsan-Hendra adalah satu ujian getir namun gembira dapat menewaskan gandingan ketiga dunia itu hari ini.

"Tidak senang untuk lawan dengan mereka sebab mereka tetap ambil mata mudah dari kami. Tapi sokongan penonton beri kelebihan kepada kami," katanya kepada pemberita.

Pasangan veteran Indonesia, 'The Daddies', Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan - Gambar oleh Alif Omar
Pasangan veteran Indonesia, 'The Daddies', Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan - Gambar oleh Alif Omar

Nasib berbeza bagi pasangan profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila terkandas di suku akhir selepas tunduk kepada pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-13, 21-9.

Yew Sin ketika ditemui mengakui kesilapan mereka kerana membiarkan lawan menguasai permainan dan memusnahkan impian mereka untuk beraksi di separuh akhir.

Ee Yi berkata tahap pencapaian mereka pada Terbuka Malaysia ini adalah enam daripada 10 markah, dan bertekad untuk fokus kepada cabaran di Masters Malaysia minggu depan.

Fajar Alfian-Muhammad Rian mengatur pertemuan dengan satu lagi pasangan negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang bermain dengan hebat mengenepikan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China 21-11, 22-20.

Kali terakhir pasangan negara mara ke separuh akhir adalah pada edisi 2014 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah sebelum muncul juara selepas mengalahkan pasangan China Chai Biao-Hong Wei 21-19, 21-18. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad