web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shah Firdaus Ketepi Azizulhasni Untuk Rangkul Emas Di Brisbane

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 7:50PM

(Dari kiri) Azizulhasni, Shah Firdaus dan Richardson berdiri di atas podium selepas menerima pingat masing-masing. - Tangkap layar dari video MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba trek negara, Shah Firdaus Sahrom berjaya mengetepikan cabaran rakan senegara yang juga juara bertahan Azizulhasni Awang untuk merangkul emas acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021 hari ini.

Azizulhasni menamatkan saingan di tempat kedua manakala pelumba tuan rumah, Matthew Richardson menduduki tempat ketiga dalam saingan di Velodrom Anna Meares di Brisbane.

Terdahulu, pada pusingan awal, Azizulhasni muncul pelumba terpantas dengan catatan masa 10.35 saat (s) pada saringan pertama dan Shah Firdaus memenangi saringan 2 dengan 10.53s.

“Kayuhan saya hari ini tidak seberapa kuat dan pecutan tidak di tahap terbaik. Tetapi Alhamdulillah saya gembira dengan persembahan ini.

“Terima kasih banyak kepada persatuan berbasikal Australia kerana sudi menjadikan kami sebahagian daripada kejohanan berprestij ini,” kata Shah Firdaus dalam hantarannya di media sosial.

Pada edisi lepas, Disember lalu, Azizulhasni, 33, yang juga dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’,  muncul juara manakala Shah Firdaus, 26, merangkul gangsa.

Pada acara pecut individu lelaki semalam, Azizulhasni dan Shah Firdaus masing-masing meraih pingat perak dan gangsa manakala Richardson, 22, memenangi saingan dengan mengalahkan Azizulhasni 2-0 untuk pingat emas.

Sementara itu, Azizulhasni, mengulangi bahawa Shah Firdaus mempunyai potensi besar untuk meraih emas pada Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan acara akhir keirin hari ini. Kayuhan yang baik oleh Shah Firdaus yang menampilkan taktik sempurna pada perlumbaan akhir dan saya sangat gembira dengan pingat perak ini.

“Pelumba muda ini adalah Lee Zii Jia acara berbasikal trek,” katanya di lama Facebooknya.

Zii Jia, 22, jaguh perseorangan lelaki negara, muncul juara All England selepas menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen, 30-29, 20-22 dan 21-9 pada final, di Birmingham, England, Ahad lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Shah Firdaus Layak Digelar 'Terminator’ - Mohd Azizulhasni

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohd Azizulhasni Juara Keirin, Ulangi Pencapaian Emas Berganda

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Juara Dunia Aaron-Wooi Yik Ceriakan Arena Sukan Negara 2022

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Shah Firdaus Sedia Berlumba

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad