web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menang Beregu Campuran, Tang Jie-Yen Wei Tamatkan Kemarau 23 Tahun Negara

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 5:48PM

Chen Tang Jie (kiri) dan Peck Yen Wei bersama pingat emas yang dimenangi mereka dalam acara akhir beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAC GIANG - Akhirnya Chen Tang Jie-Peck Yen Wei berjaya menamatkan penantian selama  23 tahun Malaysia dalam memburu pingat emas beregu campuran Sukan SEA.

Pasangan ranking ke-29 dunia itu, meraih gelaran tersebut selepas bangkit bagi mengecewakan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 19-21, 21-13 dalam pertarungan akhir yang cukup menarik dan bertenaga di Gimnasium Bac Giang di sini.

Sebagai pilihan kedua, Pang Yoo-Yee See memulakan perlawanan dengan garang bagi mendahului 11-5 dalam set pertama, seterusnya menang mata pertama 21-15 dalam masa 15 minit.

Selepas pertarungan sengit dalam set kedua, Tang Jie-Yen Wei, masing-masing berusia 24 dan 26 tahun, menyamakan kedudukan dengan kemenangan tipis 19-21 ke atas pasangan nombor 23 dunia itu.

Dengan pemenang perlu diputuskan menerusi set penentuan, Tang Jie-Yen Wei bangkit menyahut cabaran dengan kemenangan 21-13 yang diiringi sorakan kira-kira 2,000 penonton di arena tertutup itu.

Tan Jie-Yen Wei mara ke final selepas menyingkirkan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Mentari 20-22, 21-13, 21-18 manakala Pang Ron-Yee See melengkapkan kemenangan beregu Malaysia dengan menewaskan satu lagi gandingan Indonesia Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso, 18-21, 21-16, 21-17 dalam separuh akhir, semalam.

Pasangan yang tewas dalam separuh akhir membawa pulang pingat gangsa.

Kali terakhir Malaysia meraih emas bagi beregu campuran dalam Sukan SEA ialah pada edisi 1999 di Brunei menerusi Chew Coon Eng-Chor Hoii Yee.

Sementara itu, dalam beregu wanita, Yee See yang berpasangan dengan Cheng Su Hui terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, 16-21, 6-21 dalam separuh akhir semalam, manakala pasukan lelaki merangkul perak pada Rabu lepas.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia mengakhiri kempen badminton di Sukan SEA ke-31 di sini dengan satu emas, dua perak dan satu gangsa.

Bagaimanapun, pemain muda negara kali ini gagal mempertahankan pingat emas bagi perseorangan lelaki yang dimenangi oleh Lee Zii Jia, perseorangan wanita (S Kisona) dan beregu lelaki (Aaron Chia-Soh Wooi Yik) pada edisi 2019 di Filipina.

Pungutan 3-2-5 pada 2019 itu merupakan pencapaian terbaik negara dalam dekad ini, yang turut memastikan Malaysia muncul sebagai negara terbaik di gelanggang badminton Sukan SEA buat pertama kali sejak edisi 1975 di Bangkok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad