web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prestasi Tidak Menentu, Zii Jia Tertekan Sebelum All England

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 8:12AM

Leow Siet Peng (kiri) dan Lee Chee Hin mengharapkan anaknya akan terus menggapai kejayaan selepas menjuarai All England.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Di sebalik kegembiraan dihadiahkan kepada rakyat Malaysia menerusi kejuaraan All England dimenanginya semalam, tidak ramai mengetahui betapa pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia sebenarnya berdepan tekanan cukup hebat dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini.

Menurut ibunya, Leow Siet Peng, 53, Zii Jia yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik cukup terkesan dengan prestasi tidak menentunya dalam beberapa kejohanan sebelum ini, khususnya apabila tirai kalendar badminton dunia dibuka di Bangkok, Thailand, Januari lalu.

Katanya, sejak itu Zii Jia seakan memencilkan diri apabila jarang berbual, termasuk dengan ahli keluarga dan lebih memilih untuk berkomunikasi melalui mesej.

"Anak saya merasa tertekan dengan apa yang berlaku terutamanya dengan kritikan di media sosial. Malah apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyingkirkan lima pemain senior pada Februari lalu, Zii Jia merasa bersalah kerana menganggap perkara itu mungkin tidak berlaku jika beliau menunjukkan prestasi yang baik.

"Dan akhirnya semalam selepas memenangi All England, barulah beliau membuat panggilan video kepada kami dan minta kami tatap piala dimenanginya itu puas-puas kerana piala itu tidak boleh dibawa pulang dan perlu disimpan di England. Momen itu cukup menggembirakan kami sekeluarga," katanya.

Mengulas lanjut Siet Peng berkata, selaku bekas atlet bola keranjang kebangsaan yang pernah beraksi dalam Sukan Sea 1993 di Singapura, beliau faham akan tekanan dihadapi anaknya itu ketika berdepan situasi tidak menentu.

"Dengan usianya yang baru menjangkau 23 tahun, saya fikir masih banyak yang boleh dia sumbangkan kepada Malaysia.''

"Bezanya dulu tidak ada media sosial dan sudah tentu tekanan pada masa ini lebih hebat. Tetapi kami gembira kerana Zii Jia berjaya mengharunginya dan terus membanggakan negara.

"Kami berterima kasih kepada semua pihak terutama barisan jurulatih, BAM, Majlis Sukan Negara dan seluruh rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan. Saya mengharapkan dia mampu membawa lebih kejayaan buat negara selepas ini," katanya.

Semalam Zee Jia jelas mempamerkan aksi bertenaga untuk meraih kejuaraan kejohanan badminton tertua di dunia, All England setelah berhempas pulas menewaskan juara bertahan yang juga pemain di rangking kedua dunia, Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9.

Kali terakhir Malaysia meraih gelaran juara bagi kejohanan itu adalah menerusi Datuk Lee Choong Wei pada 2017.

Dalam pada itu bapa Zii Jia, Lee Chee Hin, 54, mengharapkan agar keupayaan anaknya meraih gelaran juara All England itu merupakan satu permulaan kepada kejayaan-kejayaan lebih besar selepas ini. 

"Menyaksikan dia ditentang sengit di televisyen malam tadi sangat mendebarkan. Namun saya berbangga, gembira dan lega melihat dia berjaya fokus untuk terus mencapai kemenangan.

"Dengan usianya yang baru menjangkau 23 tahun, saya fikir masih banyak yang boleh dia sumbangkan kepada Malaysia. Cumanya dia perlu sentiasa berfikiran jauh serta tidak cepat berpuas hati.

"Saya pohon supaya Zii Jia diberi sokongan dan doa oleh semua rakyat untuk mendatangkan lebih banyak kejayaan diidamkan buat kita semua, rakyat Malaysia selepas ini," katanya.

Tambahnya, komunikasi bersama barisan jurulatih sebelum ini menjangkakan Zee Jia hanya akan kembali ke kemuncak prestasi menjelang Terbuka Malaysia, Mei depan setelah berdepan prestasi tidak menentu sebelum ini.

"Ramai yang terkejut melihat anak saya kembali mencapai prestasi sebenar dalam masa singkat. Selepas Zii Jia menewaskan pemain nombor satu dunia, Kento Momota di suku akhir, saya dimaklumkan banyak pihak menanam keyakinan beliau turut mampu menumbangkan Axelsen dan ternyata, perkara itu benar-benar terjadi," katanya. - Getaran, 22 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad