web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ACL: JDT, Kawasaki Frontale Seri 0-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 8:24AM

Bergson Da Silva mengelecek dua pemain Kawasaki Frontale pada perlawanan ACL di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mendahului Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL), selepas seri 0-0 dengan pendahulu Liga J1 Kawasaki Frontale dalam perlawanan sengit di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Keputusan seri itu membolehkan JDT mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan, manakala Kawasaki Frontale di tempat kedua dengan lima mata, Ulsan Hyundai yang mengutip empat mata di tempat ketiga manakala Guangzhou FC di tempat terakhir selepas gagal mengutip sebarang mata.

Pada perlawanan malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan bagi memburu gol, sebaik sahaja wisel perlawanan ditiup pengadil.

Beberapa siri serangan awal skuad kendalian Toru Oniki hampir menerjah gawang, namun kebanyakannya tersasar.

Beberapa peluang mencetak gol hampir dilakar skuad Harimau Selatan pada saat-saat akhir babak pertama oleh pemain pertahanan JDT Leandro Velazquez, namun tendangan jauhnya tidak cukup kuat untuk membolosi pintu gol lawan, manakala rembatan Bergson Da Silva sedikit tersasar ke pintu kanan gol lawan pada minit ke-40.

Keputusan kekal 0-0 hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus menggandakan asakan untuk mendapatkan gol pendahuluan, tetapi percubaan demi percubaan terus menemui jalan buntu.

Kawasaki Frontale mengatur langkah dengan mengantikan Daiyan Tono dan Kaazuya Yamamura, dengan Yasuto Wakizaka dan Shintaro Kurumaya, bagi cuba mengubah kedudukan perlawanan.

Harimau Selatan pula membuat lima pertukaran pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Velazquez dan membawa masuk Safiq Rahim, Arif Aiman (Safawi Rasid), Afiq Fazail (Nazmi Faiz), Da Silva (Ramadhan Saifullah) dan Fernando Forestieri (Hazwan Bakri).

Bagaimanapun percaturan dibuat kedua-dua pasukan itu, gagal menghasilkan sebarang gol sehingga tamat masa perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad