web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Atasi Filipina, Sentuhan Pan Gon Mula Tunjuk Impak Positif

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 7:54AM

Syafiq Ahmad melepaskan rembatan ke gawang Filipina. - Gambar ihsan FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya memulakan era baharu di bawah Ketua Jurulatih dari Korea Selatan Kim Pan Gon dengan bergaya apabila menewaskan Filipina 2-0 pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1, saingan Siri Tiga-Negara FAS yang didominasi sepenuhnya pasukan negara, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Nasional di Singapura itu, pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul pemain paling menyinar menerusi dua gol yang dijaringkan pada separuh masa pertama sekali gus menyaksikan impak positif dibawa Pan Gon terhadap corak permainan pasukan negara.

Muhammad Akhyar yang dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 berpeluang mencipta jaringan hatrik tetapi usahanya pada penghujung separuh masa pertama gagal menemui sasaran.

Pada aksi pertama skuad kebangsaan dalam siri perlawanan persahabatan di republik itu, anak buah Pan Gon berjaya menyajikan corak permainan terpuji apabila elemen seperti bersikap agresif, gerakan pantas dan hantaran kemas jelas dilihat pada 45 minit pertama berdepan pasukan di ranking ke-129 dunia itu.

Tanpa menunggu lama, pasukan negara berjaya mendahului seawal minit ketiga selepas Muhammad Akhyar bijak memanfaatkan hantaran rakan sepasukan La’Vere Corbin-Ong dari sebelah kiri, sebelum menggelecek pemain pertahanan lawan dan melepaskan rembatan deras kaki kanan.

Skuad kebangsaan hampir menggandakan jaringan tiga minit berselang, namun sepakan  penyerang  Muhammad Syafiq Ahmad pada minit kelima hanya menggegar palang gawang sebelum gol kedua pasukan negara akhirnya hadir menerusi penyudah Muhammad Akhyar pada minit ke-24.

Jaringan kedua peribadi beliau pada perlawanan itu berpunca dari satu gerakan serangan balas yang pantas bermula dengan hantaran berkualiti Safiq Rahim kepada Muhammad Syafiq di sebelah kanan yang kemudian bijak melorongkan bola ke sebelah kiri untuk Muhammad Akhyar meledak jaringannya.

Beliau kemudian terlepas peluang keemasan untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului dengan kelebihan tiga jaringan sebelum tamat separuh masa pertama apabila gagal merembat bola tepat ke arah gawang selepas berjaya melepasi perangkap offside dan menggelecek pemain pertahanan lawan.

Bersambung babak kedua, Pan Gon membuat lima pertukaran dengan membawa masuk dua pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi selain Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan Muhammad Safawi Rasid dalam usaha menambah jaringan.

Percaturan itu yang dilihat turut memberi impak positif terhadap permainan pasukan negara namun gagal menghasilkan jaringan diharapkan dengan percubaan terbaik daripada Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-61 berjaya ditepis keluar penjaga gol Neil Etheridge.

Dalam pada itu, Filipina yang gagal mencipta percubaan tepat ke arah gawang pasukan negara pada separuh masa pertama terus dihimpit kesukaran berdepan anak buah Pan Gon pada babak kedua dengan skuad “Azkals” terpaksa akur menerima kekalahan pertama mereka berdepan Malaysia sejak 2012.

Sebagai rekod, Malaysia dan Filipina mencatat keputusan seri dalam lima pertemuan terakhir mereka.

Pasukan negara di ranking ke-154 dunia akan berdepan Singapura (ke-161) pada aksi berstatus sama di venue sama Sabtu ini bagi melengkapkan saingan Siri Tiga-Negara FAS yang berlangsung di republik itu.

 Skuad bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura, yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 Jun ini, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad