web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


All England: Zii Jia Ketepi Momota, Melangkah Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 3:04PM

Lee Zii Jia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan negara Lee Zii Jia meneruskan penguasaannya di Utilita Arena Birmingham selepas menumpaskan pilihan kedua Kento Momota dari Jepun untuk mara ke separuh akhir All England.

Dalam perlawanan suku akhir perseorangan lelaki pada Jumaat (awal pagi Sabtu di Malaysia), Zii Jia, juara bertahan menghasilkan persembahan “mentaliti menang” dengan mencatat kemenangan 21-7, 13-21, 21-11 ke atas juara dunia dua kali dan pemain nombor dua dunia itu.

Dengan sokongan padu penyokong Malaysia di venue, pemain perseorangan lelaki utama negara itu mempamerkan permainan hebat apabila mendahului 17-1 ke atas Momota sebelum memenangi perlawanan pembukaan 21-7.

Pemain Jepun itu berada 3-9 pada set kedua namun berjaya mengumpul 10 mata berturut-turut untuk membawa perlawanan ke penentuan.

Dalam set penentuan, kedua-dua pemain memulakan perlawanan dengan memberangsangkan sehingga 11-11 sebelum Zii Jia menukar pendekatan mengubah pertahanan menjadi serangan dan mengutip 10 mata berturut-turut untuk menamatkan perlawanan dalam masa 64 minit.

“Ada perbezaan angin di gelanggang dan pada set pertama, Momota tidak dapat mengawal bulu tangkis dan rentak dengan baik. Saya mengalami masalah yang sama dalam set kedua.

“Saya cuba mempercepatkan permainan dalam set penentuan dan fokus pada pukulan serangan saya. Strategi itu berfungsi dengan baik sekarang dan kemenangan ini akan memberikan saya lebih keyakinan,” kata Zii Jia kepada media rasmi All England selepas perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia mencatatkan kemenangan ketiganya ke atas Momota dalam 11 pertemuan.

Dalam perlawanan separuh akhir, Zii Jia akan bertemu pemain India Lakhsya Sen yang meraih tempat setelah mendapat kemenangan mudah selepas pemain China Lu Guang Zu menarik diri akibat kecederaan.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan pertemuan antara pemegang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 Viktor Axelsen dari Denmark dan pemain Taiwan Chou Tien Chen.

Pemain nombor satu dunia Axelsen mudah mengalahkan pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting 21-4, 21-9 pada suku akhir manakala Chou menundukkan seorang lagi pemain Indonesia Jonatan Christie 21-10, 21-15.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tumpas kepada wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 15-21, 15-21 pada suku akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek