web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sri Pahang Raih Kemenangan Pertama, Atasi Sabah 2-1

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 8:22AM

Lee Tuck meraikan jaringan kedua pasukannya. - Gambar dari Twitter Sri Pahang FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Sri Pahang FC mencatatkan kemenangan pertama setelah mengatasi Sabah FC 2-1 pada perlawanan Liga Super 2021 di Stadium Darul Makmur, semalam.

Selepas menamatkan separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan daripada kedua-dua pasukan, Tok Gajah bangkit pada babak kedua apabila penyerang import dari Ukraine Yevhen Bokhashvili memecah kebuntuan pada minit ke-55.

Anak buah Dollah Salleh memperoleh gol kedua menerusi jaringan Lee Tuck pada minit ke-70 manakala gol tunggal Sabah FC diperoleh menerusi tandukan Saddil Ramdani pada minit ke-80.

Skuad yang sebelum ini dikendalikan oleh Thomas Dooley, sebelum beliau direhatkan, memulakan kempen musim ini dengan langkah kiri apabila tewas 1-3 kepada Selangor FC diikuti kekalahan 0-1 kepada Perak FC sebelum terikat 0-0 ketika berdepan Melaka United.

Penang FC pula sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menerima kunjungan pasukan di tangga tercorot liga UiTM FC, di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Selepas empat aksi setakat ini, Penang FC menduduki tempat keempat dengan lima mata, Sri Pahang di tempat kesembilan dengan empat mata, manakala Sabah dan UiTM FC masing-masing berada di kedudukan ke-11 dan 12 dengan satu mata, dengan perbezaan jaringan.

Sementara itu, Sarawak United berjaya melonjak ke tangga teratas Liga Premier selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Jaringan pemain import dari Nigeria Uche Agba pada minit kesembilan dan Stuart James Wilson pada minit ke-45 meletakkan skuad kendalian E Elavarasan unggul di persada Liga Premier selepas mengumpul sembilan mata.

Terengganu FC II pula gagal memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan 0-0 ketika menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, PDRM FC berjaya meraih kemenangan pertama selepas tiga kekalahan, apabila menewaskan skuad Projek FAM-MSN, 3-1.

Muhammad Amirul Wa’ie Ya’acob muncul wira ‘The Cops’ menerusi dua jaringan pada minit pertama dan ke-21, selain sepakan penalti Lazarus Kaimbi pada minit ke-66, manakala anak buah Yusri Che Lah berjaya mengurangkan defisit menerusi Azhad Harraz Arman tiga minit kemudian.

Terdahulu, hasrat Kelantan United untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut tidak tercapai apabila diikat tanpa jaringan oleh Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, petang tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad