Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tony Sedia Kemudi MFL

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 10:22PM

Tony (kanan) bersama Hamidin di sidang media lanjutan perjanjian penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai 'Rumah Harimau Malaya' hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes bersedia untuk menerajui Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) jika dicalonkan bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

Pemilik kelab Championship Queens Park Rangers (QPR) itu berkata sebagai seorang peminat bola sepak, sudah tentu beliau mahu menyumbang kepada pembangunan bola sepak tempatan jika dipilih menyandang jawatan Presiden MFL pada masa hadapan.

“Sudah tentu saya mahukannya, saya sayangkan bola sepak, saya sayangkan Malaysia dan saya harap dapat menyumbang sesuatu,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Terdahulu, Tony yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia menandatangani Lanjutan Perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya hingga 31 Disember 2025.

Hamidin yang menang tanpa bertanding sekali gus mempertahankan jawatannya sebagai Presiden FAM pada Sabtu lepas, mahu melepaskan jawatannya sebagai Presiden MFL.

Sementara itu, Hamidin menyerahkan kepada Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan berhubung calon penggantinya mengikut peraturan ditetapkan badan pengelola MFL.

“Saya rasa Tony seorang individu yang sayangkan bola sepak, mungkin beliau seorang daripada calon, itu saya tidak pasti. Biarlah mereka (Lembaga Pengarah) bincang, calon bukan datang dari saya,” katanya.

Mengenai kriteria calon, Hamidin berkata individu berkenaan mestilah seorang yang memahami bola sepak selain berdaya saing dan mempunyai idea baharu untuk membangunkan sukan nombor satu negara itu ke tahap lebih tinggi.

Dalam perkembangan lain, Hamidin, yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021, berkata pihaknya belum menetapkan sebarang sasaran untuk skuad bola sepak Bawah-19 yang bakal bersaing di temasya dwitahunan itu hujung tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

4

Sukan 2 bulan yang lalu

FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

Semasa 2 jam yang lalu

Kematian Pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 Remaja Lelaki Disambung

Luar Negara 2 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Semasa 2 jam yang lalu

Sumbangan Ahmad Rejal Tinggal Kesan Mendalam Dalam Dunia Kewartawanan Negara – Anwar