web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID, 9 Pemain, 3 Pegawai Skuad B-23 'Terkandas' Di Phnom Penh

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 11:04AM

19 pemain pasukan bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) selamat tiba dari Phnom Penh manakala 12 lagi pemain dan pegawai perlu menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19. - Gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan pemain dan tiga pegawai pasukan bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) yang menyertai Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja terpaksa menunggu lebih lama untuk kembali ke tanah air setelah positif COVID-19.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman Facebook rasminya malam tadi, memaklumkan semua 12 individu itu disahkan positif COVID-19 oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan AFF.

Justeru, mereka perlu menjalani kuarantin di Phnom Penh sehingga pulih sebelum dibenarkan pulang.

Difahamkan, pengurus pasukan Datuk Posa Majais antara pegawai yang dijangkiti COVID-19.

Pada masa sama, baki 19 pemain skuad bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney tidak berdepan halangan dan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Penerbangan diuruskan oleh Malaysia Airlines yang merupakan rakan penerbangan rasmi FAM.

Malaysia menamatkan kempen Kejuaraan B-23 AFF 2022 lebih awal apabila gagal mara ke peringkat separuh akhir selepas mencatat dua kekalahan kepada Laos dalam saingan Kumpulan B. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad