web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hak Asasi Manusia, Sukan Dan Peminat : Suatu Pertimbangan

Temasya dan acara sukan seluruh dunia sentiasa dikaitkan dengan semangat setiakawan. Tetapi bagaimana pula jika acaranya dikaitkan dengan hal hak asasi manusia? Di manakah tempat seorang peminat dalam isu ini?

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2022 6:53PM

Pemain bola sepak Jerman semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Mac lalu. Gambar: Tobias Schwarz, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika artikel ini sedang disiapkan, siaran langsung pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing sedang ke udara. Namun tidak seperti pembukaan temasya Olimpik Tokyo lalu, penulis tidak begitu teruja menonton acara ini. 

Bukan kerana tiada wakil Malaysia. Ada sebenarnya. Malaysia menghantar dua atlit ke acara alpine skiing untuk temasya kali ini. 

Cuma penulis gusar pertindihan isu dunia sukan dan hak asasi manusia - dan impaknya terhadap peminat dunia sukan.

Desas-desus beberapa negara ingin melancarkan boikot terhadap Beijing 2022 mulai jelas kedengaran apabila berita penindasan kerajaan China terhadap kaum Uyghur di wilayah Xinjiang semakin tersebar. 

Kekejaman terhadap kaum minoriti yang rata-ratanya Muslim ini sentiasa dinafikan oleh pihak kerajaan China, tetapi bukti yang diseludup keluar dari Xinjiang menguatkan lagi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan China. 

Suara antarabangsa mulai lantang tentang perihal ini dan satu temasya sukan berprestij seolah-olah menjadi satu platform yang terbaik untuk meluahkan rasa tidak puas hati ini. 

Gambar diambil Disember lalu di hadapan pintu masuk ibu pejabat IOC (Majlis Olimpik Antarabangsa). Gambar: Valentin Flauraud, AFP
Gambar diambil Disember lalu di hadapan pintu masuk ibu pejabat IOC (Majlis Olimpik Antarabangsa). Gambar: Valentin Flauraud, AFP

Sebenarnya, bukan sahaja Olimpik Musim Sejuk Beijing yang dilanda kontroversi. Ada satu lagi temasya sukan yang bakal diberi tumpuan besar tahun ini. 

Acara itu adalah Piala Dunia Bola Sepak 2022 yang akan berlangsung pada akhir 2022 di Qatar. 

Pada mulanya, kontroversi timbul tentang bagaimana suatu lokasi yang dikelilingi padang pasir dan tidak kondusif dari segi cuaca dapat diberi hak tuan rumah - sesuatu yang masih memusykilkan ramai peminat bola sepak yang memang sudah masak dengan korupsi dan rasuah yang menular dalam FIFA.

Namun, belum reda lagi isu itu, isu penindasan pekerja migran yang bekerja di tapak pembinaan stadium-stadium bola sepak untuk Piala Dunia pula timbul. 

Pada awal 2021, lebih 6,000 pekerja migran dilaporkan telah maut ketika bekerja di Qatar dalam sektor yang berkaitan dengan Piala Dunia 2022. 

Masalah penindasan pekerja migran di Qatar bukanlah isu yang baharu atau khusus dengan temasya ini. 

Malangnya, ia merupakan sesuatu yang sudah lama berlaku dan memang ada janji bahawa keadaan akan diperbaiki, tetapi adakah ini mencukupi?

Ketua jurulatih pasukan Norway, Stale Solbakken dan kemeja-T protesnya. Gambar Fail AFP
Ketua jurulatih pasukan Norway, Stale Solbakken dan kemeja-T protesnya. Gambar Fail AFP

Sebagai peminat sukan, apakah sebenarnya reaksi yang sesuai dalam menangani isu ini? Di satu pihak, ada yang berpendapat bahawa isu-isu ini tidak patut dibawa ke atas padang atau gelanggang. 

Tetapi cubalah selarikan permasalahan ini dengan slogan dan prinsip temasya-temasya sukan antarabangsa ini yang sering mementingkan semangat setiakawan dan persahabatan.

Adakah nilai-nilai murni yang digembar-gemburkan dan gah dilaungkan ini sebenarnya sekadar kata-kata kosong yang tidak membawa apa-apa makna?

Sebagai seorang individu, apalah sangat yang mampu dibuat oleh peminat sukan kerdil seperti penulis. 

Kalau penulis mengambil keputusan untuk boikot temasya ini dengan tidak menonton di kaca TV, ia tidak memberi impak kecil pun. Hak penyiaran sudah dibayar, hak pengiklanan sudah diberi, tanpa peduli penulis menonton atau tidak.

Malah, negara-negara besar yang lantang bersuara menentang perlakuan hak asasi manusia China pun tidak menghalang atlit mereka untuk bertanding di Beijing 2022. 

Mereka cuma menjalankan boikot diplomasi - iaitu tidak menghantar pegawai tertinggi dan pemimpin negara ke sana. 

Malah, negara-negara yang bersuara ini pun bukanlah hebat sangat ‘akhlak’ mereka di persada antarabangsa. 

Negara seperti Amerika Syarikat juga mempunyai rekod buruk mereka tersendiri, contohnya sikap rasisme sistemik dalam kalangan polis mereka yang sering menindas rakyat yang bukan berkulit putih. 

Usah dikata negara orang, di negara kita sendiri pun, cara kita melayan pekerja migran dan rakyat asing pun tidaklah sebaik mana. 

Akhirnya, seolah-solah semua ini satu mainan politik sahaja, gertak sana sini tanpa ada usaha untuk memperbaiki keadaan mereka yang tertindas.

Hakikatnya, sama ada penulis menonton temasya sukan ini atau tidak, tetap akan ada jenayah kemanusiaan terhadap etnik minoriti Uyghur, tetap ada anak kecil di Asia Selatan yang ayahnya tidak lagi akan pulang dari Timur Tengah sampai bila-bila.

Ini dilema terbesar penulis. - Getaran, 6 Februari 2022

Isu Pada

Di Sebalik Kepetahan Haziq

05 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar